Hari nie hari apa?
Hari nie hari Isnin!
Apa pentingnya hari nie?
Hari nie sangatlah penting. Bukankah hari nie Valentine Day...ooops sekarang kita Melayukan lalu jadilah "Hari Kekasih".
Jangan lupa... hari nie kita hadiahkan bunga, coklat atau apa-apa sajalah pada kekasih kita. Paling kurangpun hadiahkan sebuah ciuman hangat!!
Tapi sebelum korang yang masih terikut-ikut dengan budaya mat salih ni nak menyambut hari kekasih hari nie, baca berita ni dulu (berita dan info semacam ni hampir semua orang tau, tapi perlu diulang tayang untuk peringatan kita semua):
Ipoh, 11 Februari - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam kerana cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:
``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''
Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.
``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.
(Sumber: Bernama)
Freaky x pernah sambut hari tu.
ReplyDelete@Freaky: Tak yah lah sambut budaya zaman jaahiliyah tu...
ReplyDelete