Melihat Mat Salih berseluar dalam dan Mek Salih yang cuma mengenakan bra dan berseluar dalam adalah pemandangan lumrah di pantai Langkawi dan barangkali di mana-mana pantai di negara ini. Tidak sapa peduli bila lihat pompuan berkulit putih terdampar dengan 5 per 6 daripada tubuh mereka terdedah di negara ini, seperti juga rakyat Indonesia yang tak peduli melihat tubuh Fasha Sandha terdedah dalam keadaan yang sama - berbikini - ketika bercuti di Bali dulu. Tapi melihat wanita yang berjalan selamba dengan menampakkan 100% payu dara mereka di pantai Langkawi adalah satu pemandangan baru kepada JR dan isteri yang kini sedang bercuti di Langkawi.
Pemandangan begini memang dah biasa kat Langkawi...
Semalam adalah hari keempat JR di Langkawi. Semalam hampir 3 jam JR dan keluarga berada di Pantai Cenang, Langkawi. Yang menariknya hanya JR dan keluarga yang merupakan Melayu ketika itu, selebihnya mereka yang berkulit putih yang mendomenasikan sore dengan bayu lembut di Pantai Cenang, selain dari yang berwajah Jepun dan Asia Barat. Oleh itu bila isteri JR mandi dengan mengenakan tudung ia menjadi seperti pemandangan unik kerana dialah satu-satu wanita yang mandi dengan menutup kepala dan hanya menampakkan muka ketika itu.
Tapi bila tiba-tiba kelibat dua wanita Mat Salih yang cuma berseluar dalam tanpa bra berlalu di hadapan kami ia agak mengejutkan. Tak sangka mereka seberani itu, mendedahkan 100% payu dara tegang mereka tanpa rasa malu! Tak hormat negara dan budaya masyarakat negara yang mereka lawati langsung, kata JR kepada isteri. Atau mereka tidak tahu adab berpakain masyarakat Timur yang kononnya tinggi budi bahasa itu, kerana rakyat negara ini juga pernah menampakkan "benda" serupa bila berada di luar negara?
Yang pastinya, jika Fasha Sandha berada di sisi JR ketika itu tentu dia akan tersenyum. Sekurang-kurangnya Fasha Sandha walaupun berbikini, tapi masih menutup 3 per 4 dari payu daranya ketika di Bali, sedangkan dua Mat Salih itu selamba mendedahkan 100% pusaka milik mereka kepada umum tanpa rasa apa-apa...
Catatan: JR minta maaf kerana beberapa keping foto Mat Salih berbogel itu tak dapat dipertontonkan dalam blog ini, kerana takut nanti blog ini dianggap sebagai blog porno.
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....