»

07 February 2011

Cilaka Betul...Atas Lebuhraya Pun Nak Bikin Projek Maksiat??




Eh apa ler manusia ni, atas lebuhraya pun masih nak jadikan medan memuaskan nafsu. Yang korang jantan betina buat cam tu korang sedar tak ia bukan saja membahayakan korang berdua, tapi juga orang lain, pemandu lain di sekitar korang? Kalau korang nak melayan nafsu sampai mampos atas jalan, itu korang punya pasal, itu korang jawab sendiri dengan malaikat selepas korang masuk kubur nanti. Tapi yang JR sangat berbulu kalau perbuatan romen atas lebuhraya tu menyebabkan ada pengguna lebuhraya lain cedera atau maut. Itu yang JR kesali, kalau korang nak mati, janganlah ajak orang lain yang tak berdosa mati sama korang!!



Mengapa JR sedang marah benar nie? JR sebenarnya baru saja membaca akhbar yang antaranya menyebut ada remaja sekarang menjadikan lebuhraya tempat memadu kasih:

* Antara lebuhraya yang dijadikan `port' memadu kasih berikutan keadaan jalan yang agak gelap ialah lebuhraya Kajang-Seremban berhampiran Taman Bukit Margosa
 
* Kebanyakan mereka melakukan aktiviti maksiat itu pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di dalam kereta yang diberhentikan di laluan kecemasan.  
* Ada sesetengah pasangan turut dipercayai melakukan aksi maksiat itu di dalam kereta yang dipandu perlahan dan sering kali membahayakan pemandu lain kerana dipandu ke kiri dan ke kanan dalam keadaan terhoyong hayang. 

* Setiap malam sekurang-kurangnya empat pasangan memandu kasih di laluan kecemasan lebuhraya Kajang-Seremban antara jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi. 

* Pasangan berkenaan berani bertindak sedemikian kerana tiada siapa yang pernah menahan atau mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka ingat negara ni tak ada undang-undang ketika penguatkuasa undang-undang pula mungkin sedang tidur enak antara jam 12 hingga 3 pagi..

~ JR

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....