»

07 February 2011

Zaman Ini Jadi Penoreh Getah Lebih Baik Dari Jadi Menteri

Berapa pendapatan korang sekarang? Apa, cuma RM1,000 sebulan? Kalau RM1,000 sebulan sekarang ni orang kampung tak pandang langsung, tau?























Apa, pendapatan RM1,500 sebulan? Pendapatan RM1,500 sebulan sekarang ni pun orang kampung gelak saja, sebab sebab RM1,500 tu tak sampai pendapatan mereka sehari pun. Malah jika pendapatan RM2,000 sebulan pun mereka buat tak tau saja, sebab itu cuma baru bersamaan dengan pendapatan sehari mereka. Jika pendapatan korang RM2,000 sebulan, pendapatan orang kampung sekarang RM60,000 sebulan,  huuuu...jangan pandang rendah dengan orang kampung lagi!!

Tapi tak semua orang kampung yang dapat pendapatan RM2,000 sehari atau RM60,000 sebulan. Hanya penoreh getah yang memiliki kebun getah seluas 3-6 hektar yang mampu memperolehi pendapatan RM60,000 sebulan. Kalau orang kampung yang bergantung dengan sawah dan laut pendapatan mereka macam dululah juga...

Jika korang nak tau cerita lanjut mengenai hal ini baca di sini.....


Kenaikan harga getah di pasaran dunia kini memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah seluruh Malaysia. Anak-anak dara di kampung sekarang tak pandang lagi pegawai berjawatan tinggi, kerana lebih baik berkahwin dengan penoreh getah yang pendapatannya berlipat kali ganda daripada pegawai yang cuma pandai berlagak dengan kasut berkilat, tie berjela-jela tapi pendapatan paling tinggi cuma sepersepuluh dari pendapatan seorang penoreh getah!

Malah pendapatatan seorang penoreh getah RM60,000 sebulan ni bila dikira-kira lebih tinggi dari pendapatan seorang Menteri yang cuma mendapat RM55,650 sebulan mengikut pecahan ini:

- Gaji pokok menteri RM18,000 
- Elaun Keraian RM10,500.00
- Elaun Perumahan RM10,800.00
- Elaun  Ahli Parlimen RM10,650.00 .
- Elaun parking RM 5,700.00
Jumlah pendapatan Menteri RM55,650.00 (tak termasuk segala serba-serbi kemudahan-kemudahan percuma yang menyebabkan tak ada menteri yang sudi letak jawatan...)

(Sumber maklumat: ********)

Sekarang amacam? Dari jadi Menteri yang selalu pening kepala tak habis-habis dikritik, ditohmah, lebih baik jadi penoreh getah kan? Penoreh getah cuma  kerja 5 jam sehari, kemudian gendong balik RM2,000 sehari tanpa perlu memicit kepala memikir masalah negara seperti pak menteri!!!


~ JR

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....