»

06 February 2011

Tau Ke Korang Tahan Kentut Boleh Dapat Kanser??


Korang pernah kentut tak? Menipulah jika kata tak pernah kentut! Cuma ada yang kentut kuat, ada yang kentut sederhana, ada yang kentut kecil dan ada pula yang kentut diam-diam. Yang terakhir tu paling bahaya, tanpa amaran tiba-tiba keluarlah bau bangkai yang tak terperi busuknya!

Bagi jenis terakhir yang paling bahaya tu, sila jangan tahan kentut lepas ni, kerana ia sangat membahayakan kesihatan. Jika tak percaya baca berita dari Perancis ni:

PARIS: Rakyat Perancis digalakkan kentut selain sendawa dan berpeluh demi kesihatan mereka dan mengurangkan risiko menghidap barah. 

Dalam buku Le Grand Ménage, Dr Frédéric Saldmann, berkata rakyat perlu berani kentut dan mengeluarkan dua liter gas yang dihasilkan setiap hari kerana 'proses semula jadi' dan menyimpannya membahayakan usus. 

Pada masa sama, rakyat Perancis juga perlu bebas untuk sendawa pada bila-bila masa. 

Dr Saldmann turut mencadangkan tidak menggunakan ubat antipeluh dengan berkata: "Menghalang peluh bukan hanya menghentikan pengeluaran toksin tetapi juga mesej yang berpotensi menjadi daya memikat." Agensi

~ JR

2 comments:

  1. pasni akan lepaskan kentut dengan bahagia :). hehehe

    ReplyDelete
  2. @Freaky: Lepas ni boleh buat tournamen kentut peringkat UniMAP, VC Prof Dr Kamarusin boleh jadi juri..hihihi

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....