Jika kita tonton TV sejak beberapa hari lepas, pergolakan di Mesir adalah satu daripada berita yang sering tersiar. Rakyat Mesir yang dah tak tahan dengan pemerintahan diktator Presiden Hosni Mubarak dan parti yang memerintah Mesir sejak setengah abad yang lalu, bangun memberontak. Setakat ni sudah lebih 100 orang terbunuh. Banyak negara sudah hantar pesawat dan membuat pelan kecemasan membawa balik rakyat masing-masing pulang ke negara asal.
Rakyat kita juga ramai di Mesir. Sebahagian besar daripadanya pelajar yang menuntut dalam pelbagai bidang dari keagamaan hingga perubatan di Mesir. Walaupun sudah ramai orang asing meninggalkan Mesir, tapi rakyat kita yang terperangkap di sana belum "diselamatkan" oleh Kerajaan kita. Bantuan kecemasan dari kerajaan Malaysia belum tiba. Perdana Menteri kita yang kini berada di Abu Dhabi (dekat sangat dengan Mesir) bersama isteri hingga kini belum buat kenyataan untuk membawa pulang rakyat kita yang terperangkap di sana.
Yang lebih menyedihkan ada satu berita bahawa sudah ada pelajar wanita Malaysia yang dirogol oleh samseng-samseng Arab yang cuba mengambil kesempatan dari huru-hara itu. JR mendoakan berita tu tak benar dan cuma khabar angin yang cuba membesar-besarkan berita. Korang boleh baca berita tu di sini.....
JR juga sedih dengan kenyataan salah seorang penuntut Malaysia di sana dalam laman blognya @DyyaDizarch yang mengatakan masih belum ada sebarang tindakan dari Kerajaan manakala keadaan semakin meruncing dan bekalan api juga telah di putuskan.
Rujuk entry dari @DyyaDizarch dari laman blognya:-SAYA NURUL NADIA, SALAH SEORANG PELAJAR PERUBATAN DI MESIR, MEMOHON JASA BAIK RAKAN-RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA DI LUAR SANA UNTUK MENYOKONG KAMI MENDAPATKAN PERHATIAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA TENTANG SERIUSNYA PERGOLAKAN YANG BERLAKU DI MESIR.PARA PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR KINI BERADA DI DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAHAYA. KEPERLUAN MAKANAN SEMAKIN BERKURANGAN, DAN KESELAMATAN MEREKA TERANCAM SETIAP DETIK. PELBAGAI INSIDEN BURUK TELAH BERLAKU. BILA LAGI KITA MAHU BERTINDAK? FIKIRKANLAH PERASAAN AHLI KELUARGA MEREKA. ALL OF US ARE THE ASSETS OF OUR OWN COUNTRY.SAVE THEM. PRAY FOR THEIR SAFETY. HELP US TO MAKE THE OTHER MALAYSIANS REALIZE THE ACTUAL FACT.TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBANTU.
.
Kepada saudara-saudara Muslimin di Malaysia, JR berharap kita ramai-ramai berdoa agar rakyat kita di sana selamat sejahtera, semoga Allah melindungi mereka. Dan semoga berita ada rakyat kita yang diperkosa di sana tidak benar.
Doakan juga agar Allah melembutkan hati Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kita untuk membawa keluar rakyat Malaysia dari sana sebelum terlambat, AMIN.......
~ JR
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....