»

20 January 2011

Sori Jika Korang Ketuk Pintu Tapi JR Tak Buka


Thousand apoligies...sori,sori,sori, jika sejak petang semalam hingga hari ni korang ketuk pintu tapi JR tak buka. Sori, sori, sori jika korang jalan-jalan BW dalam blog JR tapi JR dengan sombong tak balas kunjungan korang. Sori, sori jika korang buang masa komen dalam blog JR, tapi JR buat indah tak indah tak komen apa-apa pun dalam blog korang. Sori...sori...sori dah lebih 30 jam tanpa entry dalam blog ni...

Sori, sori,sori...

Sebenarnya petang semalam JR ada urusan mustahak di Langkawi. Urusan yang tak bisa ditangguh ke hari lain. Pergi pun tergesa-gesa untuk ambil feri jam 6 petang. Sampai di Kuala Kedah baru sedar...alamak, laptop tertinggal di rumah. Nak balik ke rumah dah tak sempat, kecuali berani tanggung risiko terlepas feri terakhir ke Langkawi. Mau tak mau pergi juga ke Langkawi tanpa membawa pesaka bernama laptop yang nilai kepentingannya sangat tinggi itu. Henset JR pula bukan canggih macam henset korang boleh masuk Wifi dan segala fasalities lain. Henset JR cuma henset antik yang kemudahannya yang basik-basik saja. Kesian JR kan, tanpa laptop separuh jiwaku hilang...


Jadi dipendekkan cerita, dalam sibuk-sibuk sejak malam tadi hingga petang ini di Langkawi, ditambah dengan tak ada laptop, maka tak dapatlah JR menulis apa-apa. Walaupun tengahari tadi ada sedikit masa terluang, tapi melopong saja, mati akal betul tanpa dadah bernama laptop ni. 

Sekarang JR dah sampai balik rumah. Baru saja sampai ke rumah lepas waktu isyak tadi. Rasa nak tulis sesuatu, tapi rasa penat sangat. Nak jeling-jeling beberapa rumah kawan-kawan kalau sempat sebelum tidur....

4 comments:

  1. hehee jr jln langkwi ea??bestnya tu,len kali ajak tau..heheee tak pena pgi langkawi lagi ni.heheee

    ReplyDelete
  2. @Woofer Storm: JR ada urusan penting di Langkawi. Lepas urusan selesai, baliklah...

    ReplyDelete
  3. @diana: JR pergi kerana ada urusan kerja, bukan makan angin...jadi tak perlu bawa wang banyak..

    ReplyDelete
  4. biasa lah tu JR. bendak kecik ja.huhu..tak shopping ke dekat langkawi?

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....