»

19 January 2011

Kerana Isteri, Perdana Menteri Jatuh Tersungkur

Yang JR nak perkatakan dalam entry kali ini ialah petikan berita dalam berita agensi semalam. Ia mengenai keadaan di Tunisia sekarang yang heboh diperkata kat TV hari-hari, di mana kerajaannya telah tumbang selepas rakyat bangkit kerana ekonomi semakin down, pengangguran meningkat dan harga barang -barang melambung tak terkawal (Aiiit..kadang-kadang teringat macam kat Malaysia ajer!!)

OK, petikan kat berita agensi mengenai kejatuhan kerajaan Tunisia itu ialah:

"Antara punca kejatuhan Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali ialah sifat tamak isteri keduanya Leila Trabelsi . Wanita itu yang pernah bekerja sebagai juruhias rambut digelar "Imelda Marcos Arab" kerana ketaksubannya kepada kekayaan dan kemewahan.
Zine & Leila kini cabut ke luar negara....

Leila yang 20 tahun lebih muda (daripada Zine), dipercayai bersembunyi di Dubai yang merupakan destinasi yang kerap dikunjunginya untuk membeli belah. Keluarga isteri Zine (Leila) mempunyai kepentingan dalam beberapa bidang perniagaan daripada perbankan hingga pengedaran kereta."

Secara ringkas, Presiden Tunisia itu jatuh antaranya kerana gara-gara isterinya yang suka berlagak mewah sambil membeli belah di luar negara, sedang rakyat dalam negara dalam kesulitan. Ia perlu dijadikan iktibar oleh semua pemimpin-pemimpin dunia (ehem...termasuk Malaysia juga), supaya mengawal sikit perangai isteri-isteri mereka. Kadang-kadang pemimpin-pemimpin ni ingat apa yang mereka buat dan isteri mereka buat  rakyat tak nampak. Rakyat memang nampak, cuma ramai yang diam...tapi diam tak bererti kita tak mengerti....

Ramai sudah pemimpin sebelum Tunisia pun, yang jatuh kerana perangai isterinya. Presiden Marcos (Filipina), Shah Iran (Iran), Anwar Sadat (Mesir) dan Suharto (Indonesia) adalah antara beberapa contoh pemimpin-pemimpin yang jatuh tersungkur dari tampuk kuasa kerana perangai tamak dan bermewah-mewahan isteri mereka....

4 comments:

  1. tamparan wanita betul ni

    ReplyDelete
  2. ppuan mata duitan ni..hehee tpi bkn semua mcm tu, kalo semua mcm tu abis laa laki tak dpt nak kwin..heeeee mat pagi JR

    ReplyDelete
  3. @Nora: Yg penting Nora tak gitu kan?
    @Aretiks: Kick..kick...
    @Woofer Storm: Tak semua pompuan cam tu...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....