Dua hari lepas JR terbaca dalam akhbar tentang kenyataan Menteri Kesihatan bahawa jumlah pesakit mental di Malaysia meningkat 15.6%. Tapi berita itu tak mengejutkan JR sangat. Ini kerana yang sakit mental tu bukannya selalu ada di depan kita. Asalkan dia hanya kutu rayau, cakap sorang-sorang tak kacau orang, tak pa punya. Tapi jika yang sakit jiwa tu ialah doktor, amacam? Ini kerana mengikut satu survey menunjukkan 6.3% doktor bedah menghadapi masalah sakit jiwa!!
Hiii...takutnya jika ramai doktor bedah ada masalah sakit jiwa!! Silap-silap haribulan, patut bedah jari kaki, tapi dia potong habis kaki sampai ke paha hingga tak boleh jalan! Atau patut bedah perut, tapi dia buang habis usus dalam perut. Tak ke haru kalau doktor bedah buat macam tu?
Satu survey yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Surgery, Minneapolis, Amerika Syarikat edisi Januari 2011 memperolehi fakta yang cukup mengejutkan: dari 7,905 doktor bedah di Amerika yang terlibat dalam kaji selidik, 6.3 peratus daripadanya ada masalah jiwa dan pernah berkeinginan untuk melakukan bunuh diri secara serius!!
Mengikut kajian itu lagi hasrat untuk membunuh diri lebih banyak menimpa doktor bedah senior dibandingkan dengan doktor-doktor muda. Berdasarkan hasil penelitian tersebut, keinginan untuk bunuh diri 3 kali ganda lebih menimpa doktor bedah yang berusia 45 tahun ke atas, berbanding yang lebih muda.
Alasan yang menyebabkan keinginan bunuh diri para doktor bedah ini umumnya adalah kerana masalah peribadi dan stres di tempat kerja. Sekitar 16.2 peratus di antaranya mengaku ingin bunuh diri gara-gara pernah melakukan kesalahan ketika membedah pesakit dalam 3 bulan terakhir ini.
Dan yang lebih malang, kebanyakan (60.1 peratus) doktor bedah yang mempunyai masalah jiwa ini tidak mahu menemui pakar jiwa bagi mengubati masalahnya kerana takut lesennya dibatalkan. Bererti doktor-doktor bedah yang ada masalah sakit jiwa ini akan masih berada di hospital seperti biasa...dan jika hari itu hari yang tak baik...mungkin ada pesakit yang akan merasai kesan dirawat doktor bedah sakit jiwa ini!
Kajian itu selanjutnya berkata ada beberapa faktor yang mendorong doktor bedah untuk melaksanakan niat bunuh dirinya dengan mudah. Di antaranya para doktor punya akses yang lebih mudah untuk mendapatkan racun dan ubat yang mempercepatkan kematiannya serta tahu betul cara untuk bunuh diri.
Oleh itu jika satu hari korang berada di Dewan Bedah dan melihat doktor dengan pisau tajam berada di sisi korang, jeling-jelinglah sama kot-kot ada tingkap yang korang boleh blah jika terdesak!!!
arghhh ketakutan aku utk g hospital semakin bertambah2 stress stress
ReplyDeletewuu... ngerinya... semoga sy xkan menjejakkan kaki ke dwn bedah..
ReplyDelete