Korang masih ada pinjaman PTPTN? Bila agaknya nak habis bayar? Boleh ke habis bayar lepas dapat 5 orang anak? Atau terpaksa tanggung pinjaman sampai ke tua?
Untung generasi teredahulu. Dulu pendidikan percuma, semua dapat biasiswa. Makan guna duit biasiswa, tinggal di asrama tanpa bayaran yang membebankan. Bila studi boleh beri perhatian penuh, tak perlu fikir bagaimana nak bayar hutang lepas kerja dan beranak nanti.
Memang ramai yang tak puas hati dengan PPTN ni. Macam-macam gelaran kepada PPTN. Dan ada pula yang mengadu PTPTN kejam seperti along. Betul ke PPTN sekejam along? Cuba baca keluhan seorang peminjam PTPTN:
Rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan charge pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos perkhidmatan itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr...
Bayangkan kalau charge perkhidmatan RM40 sebulan dan korg bayar RM50 sebulan (kadar minimum yang 'dibenarkan' oleh PTPTN)... maka korang akan bayar PTPTN tue sampai mampos le jawabnya... sebab korg byr kos perkhidmatan lahanat tue tanpa mengurangkan baki PTPTN.... kalu beli rumah pun RM25k bayar RM50... so nampaklah jugak jumlah yang nak kene bayar... dan kalu lambat bayar hanya 'penalty' dlm berapa ringgit sangat dikenakan... tapi PTPTN ... kita tak tau berapa jumlah sebenar yang kan kita bayar melainkan kita byk duit dan boleh bayar 'seketul'... tapi kalu bayar ansuran maka jawabnya kene bayar sampai 'mampos'.. (sila klik imej di sebelah untuk besarkan)
Keluhan peminjam PTPTN ini JR ambil dari blog seorang kawan....Tak tau lah JR sama ada PTPTN layak disamakan dengan along, sebab setahu JR peminjam yang tak bayar hutang tak pernah dikejar dengan kayu besbol, cermin keretanya dipecahkan, motornya dibakar atau rumahnya disimbah cat merah seperti yang along buat.
Apapun JR rasa sudah tiba masa untuk kerajaan memberi pendidikan percuma untuk rakyat seperti dahulu. Jika kita mampu melaksanakan projek-projek mewah, mampu menganjurkan grand prix, mampu bina padang golf untuk orang kaya-kaya menghabiskan petang berkualiti mereka, mengapa tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada anak bangsa sendiri?
JR biar betul kalo mcmni la susahlah kalo nk wat pnjaman ptptn kalo dah mcm along dorg nih huhuh..
ReplyDelete@shida: Generasi masa kini tiada pilihan, suka tak suka hanya PTPTN saja sumber pembiayaan pendidikan yg ada..
ReplyDelete