»

18 January 2011

Tuhan Sudah Mati?



“Nanti akan padamlah dgn sendirinya
lampu dari menara tinggi
kerana di bawahnya orang kian mabuk
dan Tuhan sudah mati..


Apa, Tuhan sudah mati? Siapa si-biadap dan kurang ajar yg begitu berani mengucapkan “Tuhan sudah mati”? Beraninya kau berkata begitu...tak takut tergelincir akidah ke?

Jika korang peminat sastera Melayu Malaysia, korang mungkin pernah mendengar nama  Kassim Ahmad. Kassim adalah seorang aktivis politik dan sosial Malaysia yg suatu masa sangat terkenal kerana suka mencipta isu-isu kontroversial. 

Dan sajak di atas adalah antara bait-bait sajak Kasim yang berjodol "Sidang Roh". Jika  korang  membaca keseluruhan puisi  “Sidang Ruh”, kata-kata “Tuhan sudah mati” itu sebenarnya bukan satu ungkapan literal yg bermaksud penulisnya tidak percaya kewujudan Tuhan. “Tuhan sudah mati” sebenarnya merujuk kpd kehidupan manusia masa kini yg semakin mabuk harta, mabuk kuasa, mabuk nafsu sehingga sanggup melakukan apa saja sesuka hati di dunia ini dgn membelakangkan perintah Tuhan, kerana bagi mereka seolah-olahnya Tuhan itu sudah tidak wujud lagi, seperti Tuhan telah mati!

Kerana manusia menganggap seolah-olah Tuhan sudah mati, mereka sanggup melakukan apa saja di dunia ini. Sebab itu begitu banyak gejala sosial berlaku di dunia ini, termasuk Malaysia. Setiap hari bila menatap akhbar ia dipenuhi berita-berita memualkan: pembunuhan kejam, penipuan, rasuah, salah guna kuasa, salah guna dadah, perkosaan anak isteri orang,   perkosaan anak kandung sendiri, buang bayi dalam bakul sampah, zina dan lain-lain berita negatif. 

Mengapa manusia sanggup melakukan itu semua, sedang semua agama mengajar kita membuat kebaikan? Ini kerana manusia sudah lupa kpd Tuhan, sudah lupa kekuasaan Tuhan,sudah tidak gentar kepada kekuasaan Tuhan, sudah lupa akan ada hukum karma, kerana bagi mereka Tuhan sudah mati, Tuhan tidak akan membalas perbuatan keji mereka!


Jika semua manusia masih mengingati kekuasaan Tuhan, yakin akan ada pembalasan daripadaNya terhadap segala perbuatan mereka, dunia pasti aman…tiada peperangan, tiada pergaduhan, tiada jenayah, tiada perkosaan, tiada rasuah, tiada penyelewengan kuasa, tiada zina, tiada rompakan…malah mungkin tidak perlu lagi diwujudkan penjara kerana semua manusia takut pembalasan daripada Tuhan!!

Tapi malangnya sebahagian manusia termasuk pemimpin kita sendiri melakukan banyak kesilapan, seperti sudah lupa Tuhan, tidak takut pembalasan Tuhan…seolah-olah bagi sebahagian kita memang Tuhan benar-benar sudah mati!!


Tuhanku, bimbinglah hambaMu
agar sentiasa mengingatiMu 
dalam tidur dan jagaku..

6 comments:

  1. sangat setuju dgn entry ni. tajuk dia "berani" ya. thx for sharing the thoughts :)

    ReplyDelete
  2. sokong giler..
    thx for the information

    ReplyDelete
  3. @farah: sama2...

    @diana: bagaimana nak ringankan, perlu diet banyak2 ke?

    ReplyDelete
  4. ayat2 pujangga biasanya berkiaa2,sy tak lepas lagi pasal tu JR..hehee mnusia dah lupa la tu,tanpa pncipta siapa la kita ni...ermmmm

    ReplyDelete
  5. Hmm..seram je tengok tajuk. Nice info..
    Terbaru di SuaraSendiri
    Utama : Perihal ubat nyamuk

    ReplyDelete
  6. @Woofer: Ramai lupa diri, baiklah kita ingat mengingati...

    @De Mois: tajuk ajer seram, isi tak seram...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....