JR tak berapa ingat tarikh sebenar insiden itu berlaku. Yang JR ingat, ia hari Jumaat tahun 2009. Berapa haribulan tak pasti sangat. Tapi kalau tak silap ia berlaku pada penghujung tahun 2009.
Ketika itu JR berada di sebuah kedai makan. Jam di dinding kedai ketika itu menunjukkan jam lebih kurang 12.15 tengahari. Dan mata JR tiba-tiba tersorot ke layar TV3 yang sedang menyiarkan rancangan Wanita Hari Ini (MHI). Di layar TV kelihatan beberapa orang wanita, termasuk dua pengacara dan seorang artis, jika tak silap. Dan seorang ahli panel lelaki juga ada di situ - Dr Ismail Thambi, pakar sakit puan yang popular itu. Topik yang dibincangkan hari tu...ni yang malu nak sebut ni ialah...masalah ketidak puasan wanita dalam hubungan sex.
Lalu bila bincang hal-hal sex ni keluarlah pelbagai terma rujukan seperti ejakulasi, kilimaks, orgasme dan entah apa lagi. Mereka berbincang secara sangat santai, senyum dan gelak ketawa silih berganti. Yang nampak bersungguh-sungguh dan teruja sangat dengan topik sexologi ini ialah pengacara dan artis perempuan tu, yang seolah-olah mahir sangat dengan isu yang dibincangkan.
Mujurlah ketika itu tak ada budak-budak yang mengekori JR ke kedai makan itu, jika tidak...tentu JR akan tersepit dalam suasana serba salah bila mata dan telinga budak-budak turut menyaksikan pelajaran sex di hadapan mereka. Silap-silap haribulan mereka akan bertanya kita, apa itu ejakulasi, apa itu klimaks, apa itu orgasme dan lain-lain terma sexologi, apa JR nak jawab?
Ketika itu JR tertanya-tanya dalam hati: Mengapa TV3 tiba-tiba korek benda-benda dalam seluar dalam wanita? Ini TV, semua orang boleh tengok, bukan forum tertutup dalam dewan yang hanya audience tertentu boleh menyaksikannya !!
Dan tengahari semalam TV3 melalui segmen yang sama, WHI sekali lagi memaparkan perkara yang hampir sama. Cuma kali ini JR tak sempat tengok TV. Jika pada tahun 2009 topik yang dibincangkan lebih kepada benda-benda dalam seluar dalam wanita, kali ini WHI TV3 membincangkan isu benda-benda dalam baju dalam wanita pula!! Isu yang dibincangkan ialah salahkah besarkan payudara?
Mengikut Kosmo, segmen yang disiarkan waktu tengahari di TV3 semalam itu mengundang reaksi kurang senang daripada banyak pihak di negara ini. Sambil membincangkan tentang payudara wanita, paparan visual yang memaparkan bentuk payudara model-model wanita juga disiarkan yang dianggap sangat tak sesuai kerana ia ditonton orang ramai, termasuk kanak-kanak.
Malah yang lebih mengaibkan ialah apabila jurukamera TV3 juga dikatakan melakukan aksi nakal apabila sengaja memfokuskan kamera kepada payudara pengacara dan tetamu jemputan (Elly Mazlein dan Mimi One Nation Emcees). Jika korang nak tau berita lanjut lihat beritanya dalam Kosmo, halaman 2. Atau ringkasan beritanya ada di sini...
Kepada TV3 dan TV-TV kita yang lain, JR harap cukup sampai di situ saja dalam menyiarkan segmen-segmen sexologi ni. Memang pengetahuan sex penting, kerana tanpa sex manusia tak akan berkembang di dunia ini. Tapi kalau nak bincang hal-hal sex cukup bincang dalam forum tertutup saja yang boleh dibuat di mana-mana dewan. Sesiapa yang mahu maklumat mengenai benda-benda dalam seluar dalam dan baju dalam wanita bolehlah pergi menghadiri forum itu. Kalau pengacara TV3 dan artis-artis jelita kita nak jadi panel membincangkan benda-benda dalam seluar dalam dan baju dalam mereka boleh juga...
Yang penting perbincangan mengenai benda-benda yang berada dalam seluar dalam dan baju dalam perlu dijalankan secara tertutup, dalam suasana akedemik dan tanpa penyertaan kanak-kanak di bawah umur. Kita dalam keadaan apa sekalipun masih negara timur, masih negara yang Islam adalah agama rasminya....
kameraman tuh yg jahat
ReplyDelete@Izamir Ridzwan: Apapun, saya rasa hal-hal sex ni tak manis dibincang secara terperinci dlm TV. Masih ada forum lain boleh bincang...
ReplyDeletenak bincang ok tapi kena tahu tempat sesuai dan keadaannya
ReplyDeletekameraman mmg suka pokes kat tempat2 cmtu..sengal..
ReplyDeleteVoting Kontest Tidak Lagi Relevan. Kesian Kat Blogger Baru.
betul3! hal2 dlm kain ni xpayah la nk bincang secara terbuka.. lg tv.. yg semua org tgk..
ReplyDeletetapi...nama pun wanita hari ini, conferm2 ar target audience dia dari golongan wanita sahaja. tu yg topic pun ala2 utk wanita je tu.
ReplyDeletekanak2, haip! mak suruh wat keje sekolah kat dlm bilik tu. tak pun tido je.
@Sharinginfoz: betul3
ReplyDelete@Jejaka Terhangat: kameraman pun orang juga, suka tengok yang gitu2...
@IeDa: Yer, masalahnya ramai org tengok...malu!!
@nora: memang WHI untuk wanita, tapi TV kita mana ada sistem jika lelaki tengok tiba2 matanya tertutup. Dah ada depan mata, tengok jugalah...
kalo nak sngt beljr sex,meh dtg kat tmpt sy...heheee kat hosp,mcm2 ada..nak sunat balik pun boleh..ngeeeee
ReplyDelete