»

17 January 2011

La Ni Penoreh Getah Lebih Dihormati Dari Pegawai Kerajaan!!



 
senyum...orang kaya baru katakan.......      

Ketika balik kampung selama tiga hari baru-baru ini, JR dengar pelbagai warta kampung dari orang-orang kampung JR di Seberang Perai. Antara cerita yang paling menarik ialah mengenai kenaikan harga getah. Kenaikan harga getah tiba-tiba telah mengubah senario kehidupan penoreh getah secara sangat mendadak.

Dulu kerjaya penoreh getah adalah antara bidang kerja yang dianggap kelas rendah. Anak penoreh getah pun malu nak mengaku ayahnya penoreh getah dengan kawan-kawan mereka. Maklumlah menoreh getah adalah kerjaya orang miskin, orang tak berpendidikan tinggi. Pendapatan sebagai penoreh getah ketika itu tak pernah sampai RM400.00 sebulan. Kalau cuaca baik dan dapat RM400.00 itu dikira sangat-sangat bernasib baik, kerana biasanya pendapatan sebagai penoreh cuma antara RM200.00-RM300.00 saja sebulan. Sebelah pagi menoreh,sebelah petang terpaksa pula buat kerja lain bagi meneruskan hidup dalam keadaan harga barang yang naik menggila ni.

Lagak orang kaya baru...toreh getah pun pakai tie??

Tapi kini dengan harga getah mencecah RM15 sekilogram, penoreh getah boleh tersenyum lebar sampai nak terkoyak cuping telinga. Mana tidaknya pendapatan mereka yang dulunya cuma RM300.00-RM400.00 sebulan kini tiba-tiba melonjak paling koman antara  RM2,000.00-RM3,000.00 sebulan, malah bagi yang kebun getahnya luas boleh dapat hingga RM4,000.00-RM5,000.00 sebulan mengalahkan pegawai Risda, pegawai Pertanian, malah pegawai PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik). HEBAT!!

Jika dulu bakal bapa mentua memandang rendah jika anak gadisnya berkawan dengan penoreh getah, sekarang tak ada lagi. Sekarang ni jika yang datang meminang tu cuma seorang guru sekolah rendah, seorang kerani pejabat, seorang juruteknik, seorang supervisor kilang letronik, seorang polis berpangkat Sarjan, bakal bapa mentua tak jeling sebelah mata pun. Apa lagi lah jika yang datang meminang tu setakat atendan hospital, pemandu pejabat atau pembantu am rendah lagilah bapa mentua tak mau pandang muka. Bakal bapa mentua sambil mencebik muka akan berkata:

"Kalau nak jadi menantu aku, kalau nak bela anak dara aku, kerja motong getah lagi baik dari kerja pegawai kerajaan!".

Lain lah pula jika yang datang meminang tu tokoh korporat yang memakai tie berjela dengan kot hitam dan mercedes model baru, itu lain lah, mesti pinangan diterima.

Begitulah ringkasan cerita orang-orang kampung dengan JR mengenai kehidupan penoreh getah sekarang. Ramai yang sudah tukar motor baru, beli kereta menggantikan motor, beli peti ais baru, TV LCD 42" baru dan besarkan rumah. 

Kadang-kadang rasa nak tergelak bagaimana roda kehidupan dunia begitu cepat berputar. Golongan yang dulu dipandang hina, kini dipandang mulia. Golongan yang dulu dipandang mulia kini diperlekehkan pula. Aduhai....

Nota: Apa akan jadi jika harga getah merudum balik??

5 comments:

  1. 1 lagi senario Bro, mana2 anak penoreh yg x pernah kenal pisau toreh sb dulu tergila-gilakan kerja kilang, kerja KL, skarang dh balik nk kenal2 pisau toreh... he3...

    ReplyDelete
  2. jR,tu petanda hari kiamat kian menghampiri kita.... takutnya,ngeeeeee

    ReplyDelete
  3. @Budak Botak: Itu petanda baik...Tak payah pergi jauh2 cari kerja, di kampung pun ada kerja.

    @Woofer Storm: Allah sudah berkata "kun fayakun" (bila aku kata jadi, maka ia jadi.."

    @Wake up: That's right..

    ReplyDelete
  4. time ni la nk buat duit banyak2 pastu simpan dlm bank pastu klau harga getah jatuh tetiba at least dh ade duit banyak

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....