Dari kecil arwah ayah mendidik kami anak-anaknya dengan cara yang keras. Herdikan, suara marah seperti halilintar membelah bumi dan sebatan rotan, tali pinggang atau ranting kayu adalah cara biasa ayah menghukum dan mendisiplinkan kami anak-anaknya. Apabila sudah dewasa baru JR sedar, rupanya itulah cara terbaik ayah untuk menjadikan kami manusia seperti hari ini.
Berlainan pula dengan aruah ibu yang begitu pelembut, memanjakan anak sehingga kadang-kadang terlalu berlebihan, tidak pernah marah dan tidak pernah sekalipun tangannya menyakiti kami anak-anaknya.
Tapi sesuatu yang sama mengenai aruah ayah dan aruah ibu ialah ketika kami menginjak usia remaja dan dewasa, kedua-duanya begitu pemalu dalam menzahirkan pengucapan cinta kepada kami. Mereka memang selalu menunujukkan mereka sayang kepada kami menerusi perbuatan, tapi mereka tidak pernah mengucapkan, "Ayah sayang kamu" atau "Mak sayang kamu". Mencium kami, memeluk kami, lagilah tidak! Memang semasa kecil mereka selalu mencium anak-anak, tapi apabila anak-anak meningkat usia, mereka mungkin malu melakukan perbuatan itu lagi.
Kerana ibu bapa tidak mengajar kami menciumi mereka, apabila dewasa kami begitu "seegok" (loghat utara bermakna segan-segan) untuk menzahirkan sayang dengan mengucupi dan memeluk mereka. Apabila ayah meninggal, itulah kali pertama kami adik beradik menciuminya sejak kami dewasa.
Ketika ayah sudah meninggal dan ibu pula sudah semakin tua dan uzur, hati JR selalu meronta-ronta untuk memeluk dan mengucup ibu. Tapi JR malu melakukannya, kerana JR sendiri tidak diajar melakukan itu. Hanya apabila ibu sakit teruk 3 minggu lalu, baru JR memberanikan diri mengucup pipinya...tapi itu pun kucupan yang tidak begitu hangat, kerana masih ada rasa malu untuk melakukan di hadapan matanya yang memandang sayu itu...Walaupun ibu semakin lemah ketika pipinya dikucup , tapi mata dan bibirnya seperti memberitahu itulah yang didambakannya selama ini!!
Dan tiga hari lepas, ibu pergi buat selama-lamanya selepas terlantar sekian lama di pembaringan. Deraian tangisan dari anak-anak perempuan dan cucu-cicit ibu memecahkan keheningan petang dan malam Jumaat itu. Dan ketika itu barulah kami mengucup ibu sepuas-puasnya tanpa rasa malu lagi. Air mata yang bagai arus deras menghangatkan pipi yang tak upaya dibendung lagi.
Ketika itu JR tertanya-tanya dalam hati: apa ertinya pelukan erat, apa ertinya kucupan hangat, apa artinya selaut air mata ini ketika ibu telah tiada dan tidak dapat merasainya lagi? Mengapa kami anak-anak ibu tidak melakukannya dalam suasana romantis: memeluk dan mengucupnya dengan penuh getaran cinta ketika ibu masih hidup dan dapat merasai kehangatan pelukan dan kucupan itu? Mengapa kami hanya menzahirkan cinta yang terpendam ini ketika ibu sudah kaku di pembarinagan dan tidak upaya membalas pelukan dan kucupan kami?
Jika ibu dapat merasai apa yang sedang berlaku di depannya ketika itu, dapat merasai kehangatan nafas kami, dapat merasai eratnya pelukan kami, mungkin ibu akan berkata, "Kucup dan peluklah aku lagi, aku belum puas merasai kehangatannya".
Tapi kini ibu telah tiada. Kami anak-anaknya tidak berpeluang lagi memeluk dan menciumnya kerana masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali...
Ibu dan ayah, aku cinta padamu...
Nota: Jika korang masih punya ayah dan ibu, jangan malu-malu menzahirkan rasa sayang dan cinta korang dengan memeluk dan mencium mereka ketika mereka masih hidup dan dapat mengukir senyum melihat makna cinta korang. Begitu juga jika korang sudah berkeluarga jangan malu melakukan itu selalu dengan pasangan korang (suami/isteri). Jangan melakukannya ketika sudah terlewat, ketika mereka tidak dapat merasainya lagi kehangatan nafas dan kemesraan pelukan kita.
entry yang sedih :(
ReplyDeletesedih :(
ReplyDeleteteringt kt mak n ayah
jap ag na call mak n ayah lah..
:(
thanks sudi kongsi bro...tersentuh sangat,bagi member2 blogger yang masih lagi ada kedua ibu bapa~hargailah mereka...sentiasalah mendoakan mereka,kucuplah tangan mereka mohon kemaafan~
ReplyDeleten3 yg menyentuh hati.mujur abah dan mama cik ain selalu memeluk kami wpun kmi tlh dewasa namun bgtu kami tetap di rotan kalau bt kesalahan.dan skrg anak2 kami juga tdk pnah segan memeluk dan mencium kmi juga.Alhamdulillah....
ReplyDelete@freeky & sarahroslan: Jika masih punya ayah dan ibu, kunjungi mereka selalu dan jangan malu2 menunjukkan rasa cinta terhadap mereka...
ReplyDelete@krole: ibu dan bapa boleh menjaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu dpt menjaga seorang ibu dan bapa..
cik ain: Baguslah jika dari kecil dpt mendidik anak2 sebegitu..
al-fatihah buat arwah ibu.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman.. amin
ReplyDelete@Izamir Ridzwan: Bila ayah & ibu tiada lagi baru terasa beruntungnya mereka yang masih memiliki org tuanya...
ReplyDelete