Nak kena betul pengurusan majalah jahanam ni, nak mampus!! Kalau ikut hati nak saja JR bawa lastik dan lastik Managing Directornya yang kat KL tu. Atau jika hati kering, rasa macam nak letupkan saja bangunan majalah antarabangsa tu. Menipu tak habis-habis sejak dulu, kini dan mungkin selama!! Grrrrr........
Mentang-mentanglah dia majalah antarabangsa, ada pejabat di semua benua, dia ingat boleh tipu kita mudah-mudah ke? Ini zaman sudah berubahlah beb, jangan buat main-main dengan aku, nanti aku saman RM100 juta baru korang tau!
Sebenarnya JR sangat sakit hati dengan majalah sekor ni. Majalah ni majalah antarabangsa, pejabat cawangannya ada di KL:
Masa mula-mula dulu JR tempah majalah Readers Digest ni sebab banyak maklumat dalamnya yang JR suka baca: sains, kesihatan, bisnes, politik dll. Tapi tak lama lepas berlanggan pihak majalah tu hantar satu berita baik: pihak pengurusan majalah telah memilih JR sebagai salah seorang potential winner untuk merebut pelbagai hadiah - wang tunai ratusan ribu, kereta dan dan sebagainya. Untuk manjadi potential winner perlu isi borang dan beberapa langkah lain yang perlu diikuti termasuk bayar sejumlah management cost.
Seminggu dua minggu lepas tu Readers Digest hantar surat kepada JR: tahniah, anda sudah dipiilih ke pusingan kedua. Kemudian kena isi borang lagi untuk ke pusingan ketiga....
Begitulah seterusnya yang berlaku...minggu demi minggu dan akhirnya bulan demi bulan pelanggan setia seperti JR terus diberi pengharapan akan memenangi hadiah kerana telah berjaya melepasi pusingan pertama, pusingan kedua, pusingan ketiga dotdotdot. Dan setiap kali diisytiharkan berjaya dalam pusingan tersebut pihak majalah akan memberitahu kita sedang berada "next step to win". Malah pada satu peringkat JR diberi satu kunci kereta mewah yang akan dimenangi tak lama lagi!!
Tapi dari minggu ke bulan, bulan genap setahun, ia cuma pengharapan palsu. Isi borang, bayar itu bayar ini, dapat kunci kereta palsu, dapat cek atas nama JR yang kononnya akan dimiliki bila-bila masa tapi masih tak menang-menang kerana masih berada "next step to win".
Akhirnya JR mengambil keputusan nekad untuk menarik diri dari menjadi pelanggan Readers Digest. Tapi pihak pengurusan majalah tu hantar surat nak saman JR kerana katanya mereka ada hantar majalah sampingan dan entah bermacam-macam lagi bahan yang perlu dibayar balik. Bila JR enggan bayar kerana ia bahan yang bukan JR pesan, jabatan undang-undang mereka hantar surat nak saman JR di mahkamah.
JR ketika itu hilang sabar lalu buat satu surat panjang mendedahkan cara mereka menipu pelanggan. JR juga menyatakan dalam surat itu: mengapa mereka menuntut bayaran kos majalah sampingan dan pelbagai bahan yang mereka hantar sedangkan ia bukan atas permintaan JR, sebaliknya mereka yang gatal-gatal hantar? JR katakan jika mereka boleh buktikan bahan yang mereka beri atas permintaan JR, baru JR akan bayar, jika tidak no way, man!!
Surat panjang itu JR hantar dan salinkan juga kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Persatuan Pengguna dan Biro Pengaduan Awam.
Lepas hantar surat tu, Readers Digest tak kacau JR lagi selama dua tahun.
Sampailah dua bulan lepas JR terima satu surat lagi menyatakan JR dipilih sebagai potential winner majalah tu. Aaaittt...nak main-main dengan aku lagi ke? Nak mengulangi sejarah lama, tak serik-serik menipu lagi?
Tapi JR buat tak tau saja dengan surat-surat yang baru tiba itu. Ignore...Tak mau sejarah lama berulang kembali.
Dan pagi tadi isteri JR terima satu surat dari Readers Digest: you have been selected for an opportunity to win RM200,000!! Aittt... kerana mungkin dah tak boleh makan dengan JR Readers Digest hantar surat kepada isteri JR pula dengan menggunakan taktik yang sama? History repeat itself, lahanat punya majalah, jerit JR!! Tipu aku dah tak makan, kini nak tipu bini aku pula?? Mujur isteri JR dah masak dengan penipuan-penipuan tu....
Korang ada pengalaman macam ni ke? Kalau belum ada jadikan ia iktibar. Kalau korang juga pernah tertipu, kongsi pengalaman korang. Atau jom kita ramai-ramai saman Readers Digest RM100 juta!!
hani ada dpt email dia 2/3 hari lepas camni.
ReplyDeleteTo: NUR HANI,
An Official Access Code has been issued in your name. It confirms that ONLY YOU, NUR HANI, may activate up to FOUR Contest Numbers held on reserve for you. If you're fortunate and any your entry opportunities are judged winner, you'd have sole claim to a cash amount worth RM220,000!
You may be surprised to know that in all of Malaysia, less than 2% of the households have been selected to receive an incredible offer. While many of your neighbours will never be selected, you have already been fortunate enough to clear two of the three stages there are to becoming a winner in our Super Contest!
Now it's all up to you, NUR HANI -- make the most of your opportunity! Simply click for your Official Access Code and claim your Contest Numbers now.
Confirm your Finalist Status NOW – you'll be pleased you did!
pastu klik punya klik, kena langgan =__="
@Nur Hani: Akhirnya langgan juga? Kalau satu masa rasa tertipu ikut apa yg tlh JR lakukan...
ReplyDelete