Kreatifnya manusia!! Mereka sentiasa memikirkan cara untuk melempiskan hajatnya tanpa memikirkan akibatnya. Kreatif tak kena gaya!!
Ini ada satu berita JR nak bawa dari BUCARAMANGA, Colombia yang JR baru baca tadi: Pihak berkuasa Colombia berjaya menangkap seekor burung merpati yang membawa dadah untuk diseludup ke dalam sebuah penjara. Dadah seberat 0.05 kilogram itu terbang menuju ke arah sebuah penjara namun ia telah ditangkap oleh dua orang anggota polis selepas mereka melihat ia berada di tanah dan seolah-olah memerlukan pertolongan.
SEORANG anggota polis melihat paket yang mengandungi dadah ganja pada tubuh seekor burung merpati di luar
Burung itu akhirnya jatuh kerana paket dadah ganja yang diikat pada tubuhnya itu terlalu berat untuk dibawa terbang....kesian burung tu kan?
"Ini merupakan kes terbaru dalam jenayah licik. Mereka cuba menyeludup dadah ke dalam penjara dengan menggunakan burung merpati terlatih," kata Ketua Polis Burcaramanga, Jose Angel Mendoza.
JR tak taulah perkara seperti itu jika berlaku di Malaysia apa hukumannya? Mungkinkah burung merpati itu akan dihukum mati mandatori kerana mengedar dadah??
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....