Kiamat sudah dekat? Tarikhnya pun dah dapat? Bila kiamat akan berlaku...apa tahun ni juga akan kiamat? Apa...kiamat akan berlaku pada bulan Mei...21 Mei 2011...4 bulan saja lagi? Dah cukup ke amal ibadat korang jika kiamat benar-benar berlaku 4 bulan saja lagi?
Sebenarnya pihak yang meramalkan kiamat akan berlaku pada 21 Mei 2011 bukan Majlis Fatwa Malaysia, bukan juga alim ulamak kita, bukan Planetarium Malaysia, bukan Jabatan Perdana Menteri dan apa lagi bukan JR yang pandai-pandai buat ramalan. Yang meramalkan kiamat akan berlaku pada tarikh itu ialah Gereja Independen Amerika Syarikat. Tokoh gereja itu yang paling lantang percaya Tuhan telah memilih kiamat pada tarikh itu ialah Marie Exley, veteran Angkatan Darat Amerika Syarikat yang sering mewar-warkan melalui siaran radio dan Internet berita pada tarikh itu.
Kerana terlalu yakin dengan tarikh kiamat, ahli gereja itu menyebarkan pesan tarikh kiamat melalui papan iklan, tempat perhentian bas, karavan, dan mengarahkan sukarelawan menyebarkan pamplet-pamplet ke seluruh Arkansas dan Amerika. Pesan tentang kejadian kiamat itu juga dihantar ke luar Amerika, bahkan mereka punya kelompok sukarelawan yang akan mengelilingi Afrika dan Amerika Latin untuk memberitahu seluruh manusia supaya berjaga-jaga.
Dan ini adalah contoh satu iklan mengenai kiamat yang dipasang oleh senuah gereja di Indonesia:
“Banyak orang mungkin berpikir: kiamat tak akan datang, ayuh berpestalah kamu. Tapi kami diperintahkan Tuhan untuk memberi peringatan,” kata Exley. “Saya boleh relax saja seperti orang lain, tapi lebih baik kita tahu ketika kiamat tiba. Jika anda tahu, anda akan selamat. Jika anda masih ingin mengatakan kami gila, silakan. Tapi tidak ada salahnya untuk melihat pesan ini,” kata Exley.
Rakan Exley bernama Camping pula percaya, di bulan Oktober 2011 iaitu 5 bulan selepas kiamat, orang-orang yang beriman akan dibawa ke syurga dan para manusia yang bendosa pula tetap berada di bumi untuk menerima siksa daripada Tuhan.
Bagaimanapun ramalan gereja Independen tak diyakini oleh kebanyakan gereja lainnya. Kata mereka, tak seorangpun yang boleh memastikan hari atau jam alam semesta akan berakhir. Ramalan ala gereja Independen bukan hal baru. Seorang pemimpin kelompok Baptis, William Miller pernah meramalkan dunia akan berakhir pada 22 Oktober 1844, namun korang lihatlah sendiri....kiamat tak berlaku... matahari masih bersinar terang sampai hari ini!
Sekarang bagaimana...korang percaya dengan ramalan pihak gereja Independen itu? Yang meramalkan tentang kiamat pada 21 Mei 2011 ialah pihak gereja Kristian, sebagai orang Islam kita tak boleh mempercayainya. Tarikh kiamat adalah rahsia Allah, bila Dia kata jadilah kiamat, maka berlakulah kiamat...tiada siapa tahu tarikh sebenar ia akan berlaku, walaupun banyak tanda-tandanya sudah ada....
(Sumber asal: imbalo.wordpress.com)
betul tu..tarikh kiamat adalah rahsia Allah..
ReplyDeleteade jugak yg cakap 2012..ishh..
@farahroslan: Manusia boleh meramal, tapi Allah tak bergantung kpd ramalan sesiapa utk melakukannya...
ReplyDeletekun fayakun..jika kita allah jadi,maka jadilah... siapa kita nak persoalan bila kiamat nak tiba tapi lebih baik kita fikirkan apa kita suda siap sedia or belum..skdr pandangn achie^^
ReplyDeletemaf,smalm tak dpt datang..hehee tertido penat sangat ni.hehehee