Aku pun tak tau mengapa orang Melayu (bukan semua) macam tak bangga dengan bahasanya sendiri. Tau 10-20 patah bahasa asing sudah rasa megah bahawa dia dapat menguasai bahasa asing tu. Kadang-kadang nak tergelak juga tengok mereka tersalah menggunakan grammer...yang dia gagahkan diri nak cakap juga bahasa yang tak dikuasainya itu kenapa? Kalau dengan orang-orang Malaysia cakaplah Bahasa Melayu, bukan ada lagi generasi tua orang Cina, India, Sikh dll yang tak faham Bahasa Melayu macam dulu. Kalau dengan orang asing bukan warga Malaysia korang nak cakap bahasa lain tu, lantak korang la..Ish..ish..ish..tak fahamnya aku!!
Dan petang semalam di depan mataku, aku lihat satu drama yang agak menggelikan hati. Punya la nak cakap bahasa orang lain, sampai si-mamat tu akhirnya kantoi!!
Petang semalam aku pergi ke gerai mamak tak jauh dari rumah untuk membeli nasi kandar. Gerai mamak tu kecil saja tapi memang terkenal dengan nasi kandarnya yang....waduuuh...sedap hingga menjilat jari!! Mamak taukeh gerai itu dibantu oleh 2 pekerjanya - seorang India Muslim dan seorang lagi mamat Melayu. Memandangkan masakannya yang sedap itu, kedai itu dikunjungi pelbagai kaum: Melayu, Cina, India, malah orang Siam yang memang ramai di Kedah ni.
Aku berdiri di belakang seorang pemuda Cina berusia lingkungan belasan tahun (mungkin 18-19 tahun) untuk membeli nasi. Selepas pesanannya siap dibungkus, pemuda Cina itu bertanya dalam Bahasa Melayu yang begitu fasih: "berapa harga?"
Si-mamat budak Melayu yang menjadi pembantu kepada mamak itu menjawab, "七元...."maksudnya RM7.00.
Pemuda Cina itu seperti tercengang, mungkin dia tak faham dengan bahasa Cina yang dituturkan oleh mamat pembantu mamak itu.
"Berapa?" dia bertanya sekali lagi. Eh, pemuda Cina tu tak faham Bahasa Cina atau dia tak faham bahasa mamat tu??
Kali ini mamat Melayu tu tak menjawab dalam Bahasa Cina lagi. Dia berkata, "Tujuh Ringgit"
Eh...pandai pun mamat Melayu tu cakap Melayu, kata aku dalam hati.
Selepas membayar harganya pemuda Cina itu kemudian berlalu. Aku lihat dia tersenyum seorang diri, mungkin rasa lucu dengan "Bahasa Cina" yang digunakan oleh pembantu mamak itu...
KANTOIIIIII....
~ JR
memertabatkan bahasa melayu. kita kan orang melayu. berbahasa biarlah kene tempat
ReplyDeletekalau na cakap bahasa len tu bg fara biarlah kene dengn tempat..
ReplyDeletehe3, mgkin dia cakap 70 ringgit kot.
ReplyDeleteiera & farah: betul tu, nak cakap bahasa lain pun biar kena masa & tempatnya...
ReplyDeletebudak botak: ya tak ya..mungkin juga, kan? Mungkin maksudnya RM70 atau RM700, patutlah pemuda Cina tu tercengang (nasib baik dia tak buat laporan polis kena tipu...)