Tak taulah apa nak jadi dengan orang Malaysia ni. Tiga hari lepas ketika bersolat Jumaat di Masjid al-Bukhary, Alor Setar, ada kasut jemaah kena kebas. Bukan sorang yang kasutnya kena kebas, ramai yang kena kebas, boleh buat senarai satu muka surat....
Cerita kebas mengebas ni dah jadi macam cerita biasa di Malaysia. Rumah aku sendiri pernah dalam satu minggu dua kali dipecah pencuri. Isteri menangis kerana semua barang kemasnya hilang, termasuk pemberian ibunya yang sangat sentimental value...bukan sikit yang hilang...nilainya berbelas ribu, bukan berbelas ribu rupiah, berbelas ribu ringgit!! Yang sakit hati, bila buat laporan polis, polis tu senyum selamba saja. "Biasalah curi kat Aloq Setaq ni..." katanya.
OK, itu kisah barang yang dikebas. Macam-macam al-kisah kebas sekarang: kebas barang, kebas duit, kebas kabel letrik, kebas mesin ATM. Dulu aku ingat orang yang kebas mesin ATM tu dah hebat sangat, maklumlah mesin yang teguh dan perkasa pun boleh dikebasnya!!
Tapi cerita dari Pulau Pinang ni lagi hebat: Tuhan pun kena kebas!!! Bukan satu tuhan yang kena kebas, enam Tuhan sekali gus...Hebatnya penyamun tu..
Kecurian itu berlaku di Thnee Kong Temple di George Town, Pulau Pinang di mana 6 tuhan didapati hilang oleh penjaga tokong itu dua hari lepas. Patung tuhan yang hilang ialah Jade Emperor, Mazu (Ratu laut), Hai Loong Ong (Raja Naga laut) dan Tua Pek Kong (Tuhan kekayaan) . Juga tuhan yang hilang ialah Dato Hijau dan tuhan Dato Hitam. Bagaimanapun penjaga kuil Master Ong Q Leng menyatakan dia telah diarah oleh Tuhan Syurga bernama Thnee Kong meminta dia jangan mencari tuhan yang hilang tu kerana semuanya telah dimusnahkan.
Berita asal selanjutnya, baca di sini.......
Nota JR: Ramai orang Islam juga seringkali kehilangan Tuhan, ketika Tuhan hilang dalam ingatan lalu mereka pun mengabaikan ibadah dan perintahNya....
~ JR
emmmmmm, bersimpati dgn bro. Smpai berbelas ribu ilang.
ReplyDeleteJom join bloglist Bdk Botak ye...
Bloglist
Budak Botak: Yg penting dlm musibah2 sedemikian ialah keselamatan nyawa, kerana apa pun nilai yg harus dibayar tidak sama dgn satu2nya anugerah Allah yg tak dpt ditukar ganti itu...
ReplyDeletesbr je la JR,dunia skg ni mcm2 bnda leh berlaku..hati2 next time..
ReplyDelete