»

02 January 2011

JANGAN MENANGIS SAFEE SALI, DON'T CRY BABE...

Murahnya rezeki Safee Sali, 4 kelab luar negara sudah melamarnya untuk bermain bola bersama mereka: 3 lamaran daripada Indonesia, 1 daripada Vietnam. Rezeki tahun baru untuk Safee..

Harap Safee membuat keputusan yang bijak sebelum bermain di luar negara. Jangan terburu-buru apabila mendapat lamaran dengan gaji lumayan. Teliti syarat-syarat dulu, supaya tak ada udang sebalik batu. 

Pengalaman beberapa pemain yang pernah beraksi di luar negara boleh dijadikan pedoman. Korang kenal dengan pemain bolasepak gambar di bawah ni? Kenal?:


Nama pemain hensem di atas ialah Fandi Ahmad. Dia pemain Singapura yang beraksi dalam Liga Malaysia pada tahun 1980an dan 1990an dahulu. Dia sangat digeruni kerana ketangkasannya di atas padang dan sering menjadi penjaring terbanyak Liga Malaysia dan mendapat banyak anugerah kasut emas.

Dia akhirnya dilamar dan bermain untuk kelab liga utama Belanda - kelab Gronigen. Tapi dia sering diketepikan Gronigen kerana peluang beraksi lebih banyak diberi kepada pemain berkulit putih dan pak-pak hitam Afrika. Dia tak cedera, tapi hanya menjadi penonton di bangku simpanan. Sakitnya hati, kaki meronta-ronta nak main, tapi jurulatih kata: tunggu dulu! Akhirnya Fandi terpaksa belah dari Kelab division utama Belanda itu pulang bermain di Malaysia dan akhirnya Singapura. Yang tak best nya, bila dia belah dari kelab Belanda itu, kelab Mat Salih itu memperlekeh prestasinya, sedangkan semasa di Malaysia dan Singapura dia sangatlah henbat..

Pengalaman seorang lagi pemain ini juga boleh dijadikan iktibar: 

Akmal Rizal pernah bermain dengan kelab Strasbourg, Perancis pada 1999 tetapi seperti Fandi akhirnya dia terpaksa belah dan pulang ke Malaysia.

Kepada Safee...sekali lagi aku nak nasihatkan: berhati-hati sebelum buat keputusan. Jangan main separuh jalan di luar negara seperti Fandi dan Akmal. Ia cuma menjejaskan reputasi pemain itu dan memburukkan nama negara. Jangan hanya menjadi pak pacak melihat kawan-kawan bermain dan justru skill yang ada cuma tersimpan dalam kasut bola saja dan akhirnya beransur-ansur hilang. Tak guna menangis lagi ketika itu, ia hampir terlambat...

Sebelum Safee menangis di bangku simpanan pemain, buatlah pertimbangan sebijak-bijaknya sebelum menerima lamaran bermain di luar negara..Jangan menangis Safee Sali, don't cry babe....


~ JR

4 comments:

  1. kena fikir bnyk2 kali sblum buat keputusan..
    supaya x nangis kemudian hari

    ReplyDelete
  2. Jangan pilih Indonesial.

    Kekalkan kesetiaan anda dengan Malaysia. Buktikan patriotism anda kepada negara.

    ReplyDelete
  3. betol tu JR! kena pk 2, 3, 4, 5, 6, kali dulu..

    ReplyDelete
  4. Pikir...pikir...pikir..Pikir 1,000 kali adalah lebih baik drpd menyesal 1 kali!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....