»

13 January 2011

HARI INI BUKAN HARI SIAL....TERIMA KASIH M@T@HaW!!



JR mula merasmikan blog ini pada 6.12.10. Hari ini 13 Januari 2011. Bermakna sudah 44 hari blog ini beroperasi. Ah, mengapa ada 13 dan 44 pada hari ini? Kalau mengikut tradisi mat salih (bukan semua), 13 adalah hari tak baik, hari sial sebab itu ada yang percaya mengapa tragedi berdarah yang menyebabkan ratusan terkorban di Malaysia itu berlaku pada 13 Mei 1969.

Orang Cina pula percaya angka 4 itu angka sial, angka yang boleh membawa kecelakaan. Sebab itu JR pernah nampak ada rumah orang Cina yang bernombor 4, tapi ditukar kepada 3B, sebab penghuninya percaya nombor 4 membawa nasib malang! Jika nombor 44 pula lagilah malang, 2 kali malang!!


HARI INI BUKAN HARI SIAL....TERIMA KASIH M@T@HaW!!

Jadi, bila hari ini 13 haribulan dan hari ini hari ke 44 JR berblogging bermakna hari ini adalah hari termalang dalam dunia blog JR kalau ikut kepercayaan dua budaya (Cina dan Barat) itu.

Tapi benarkah begitu? Mengapa percaya perkara-perkara yang boleh menyebabkan akidah kita tergelincir?

Dan awal-awal pagi tadi dalam shoutbox saya ada kawan bernama M@T@HaW meningglkan nota: "Nah, aku bagi award". Award pada 13  haribulan dan hari ke 44 JR berkarya dalam blog ini? Bila JR buka inilah awardnya:


.




Terima kasih M@T@HaW....Anda telah membuktikan angka 44 dan 13 pada hari ini bukannya satu petanda kesialan dan kecelakaan, tapi adalah satu tuah, kerana inilah kali pertama dalam sejarah blog mentah ini ada rakan sudi memberi JR award!.

Sekali lagi kepada M@T@HaW: Terima kasih bro, semoga blogmu akan terus berada dipersada kepopularan dalam kelasnya yang tersendiri...




5 comments:

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....