JR pernah tulis entry dalam blog ni pada 5 Januari lalu dengan tajuk: Kenapa Artis Kita Tak Jemu-Jemu Buat Maksiat?
Dan belum pun entry tu benar-benar sejuk, pagi tadi ada satu lagi kes maksiat membabitkan artis. Yang tak seronoknya artis yang buat maksiat ni bukan muda lagi, dia artis usia senja 57 tahun (ada sumber kata umur 53 tahun). Tapi sama ada 53 atau 57, itu adalah usia di mana awak sepatutnya bukan terendap-rendap mencuri masuk rumah mak janda atau anak dara orang, tapi usia sepatutnya awak berada di surau atau masjid menambah amalan-amalan yang tercicir waktu muda dulu.
Tapi artis ni...seperti dua tiga kerat artis lain, tak habis-habis nak menggatal! Masa muda di zaman 1980an dan 1990an dulu, artis ini memanglah handsome, lihat fotonya tahun 1980an dulu:
Handsome kan, gurl?
Dan ini fotonya pada tahun 1994, masih handsome....walau badan semakin berisi:
Sekarang ni, walaupun dah mencapai usia senjakala, dia masih bergaya. Patutlah ada mak janda berusia 32 tahun jatuh cinta dengannya!!!
Ini gambar pagi tadi ketika artis tu keluar dari mahkamah, diikuti oleh pasangannya di belakang. Aiiit, senyum nampak...maklum lah hukuman mahkamah syariah pun sangat ler ringan!
Korang kenal tak artis usia senja ni? Bagi korang yang masih muda mungkin tak kenal artis yang namanya Aman Shah ni. Mak bapa korang mungkin kenal dia. Mungkin juga kalau tanya mak korang, mak korang pun pernah jatuh cinta dik kehandsomen artis ni dulu...hihihi...jenaka ajer...Tahun 1980an dan 1990an dulu Aman Shah banyak buat album di samping berlakon. Jika berlakon, biasa la kan, orang sehandsomenya pasti wataknya orang baik-baik, orang alim-alim...
Dan akibat berdua-duaan di sebuah rumah di Blok C1, tingkat 2 unit 5, Presint 15 Fasa 15-12B, Putrajaya, artis ini dan pasangannya ditangkap khalwat. Pagi tadi perbicaraan mengenai kes ini dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya, Abu Zaky Mohammad.
Semasa bicara pagi tadi, Aman Shah didakwa telah mengambil masa selama 23 minit untuk membuka pintu selepas kediaman tersebut diserbu oleh peguatkuasa agama.Eh, sampai 23 minit baru buka, pintu rumah jem ke? Mengapa lama sangat tu, cari idea mau sembunyi atas siling kot?
Aman Shah dan wanita terbabit, Rohana Awang cuma masing-masing dihukum denda RM3,000 bagi kesalahan yang mereka lakukan itu. Ringannya hukuman, patutlah di luar mahkamah mereka tersenyum simpul!!
Walaupun hukumannya ringan, tapi Hakim Abu Zaky sempat berkhutbah panjang kepada Aman Shah dan pasangannya sebelum menjatuhkan hukum. Kata Hakim tu, Aman Shah sepatutnya menjaga akhlak dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbuatan sebegitu, yang dapat menyebabkan kerjayanya diragui oleh masyarakat.
“Sepatutnya di penghujung usia, seharusnya kamu memikirkan tentang kematian yang semakin dekat. Kamu berdua harus memuhasabahkan diri dan bertaubat serta cuba mengelak daripada berlaku lagi perbuatan sebegini,” kata Hakim seperti yang dipetik dalam mStar.
Hakim juga mengingatkan kedua-dua tertuduh bahawa hukuman bagi kesalahan berzina untuk mereka yang telah berkahwin mengikut hukum syarak ialah direjam sehingga mati.
Mujurlah Malaysia bukan negara yang mengamalkan hukum Islam, jika tidak, habislah kamu!!
Patut Hakim jatuhkan hukuman denda 3000 + kena nikah.
ReplyDeletekubur dh kata mari...
ReplyDeleteharap insaflah, ni kalo buat lg mmg xda rsa malu la....