Hahahahahahahahahahahhahahahahhahahahaha.....Nak terburai perut aku, lucunya!!
Maafkan JR, JR tak boleh menahan ketawa membaca tajuk muka depan akhbar
hari ini. Korang tak taulah, tapi bagi JR, tajuk di muka depan Kosmo hari ini begitu melucukan::
"CEMBURU PUNCA FASHA BERBIKINI DI BALI"
Kononnya Fasha cemburu kerana kekasihnya Jejai (anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib) bercuti dengan keluarga dan bekas isterinya, aktres Nora Danish ke Jepun. Aiiit...kekasih bercuti di Jepun bersama keluarganya pun cemburu? Itu bukannya suami Fasha, bukan juga tunang, tapi cuma kekasih!! Tak ada ikatan apapun lagi, jangan lah cemburu keterlaluan sayang oooi...
Dan yang lebih pelik, kerana cemburu punya pasal awak londeh semua pakaian dan hanya berbikini di Bali. Alasan tak logik langsung!!
Semua orang pernah cemburu, kadang-kadang cemburu dengan pasangan (kekasih atau suami/isteri), cemburu dengan adik beradik dan cemburu dengan rakan. Korang pun pernah cemburu sesekali kan?
Tapi inilah pertama kali JR dengar ada orang yang cemburu lalu londeh pakaian dan pakai bikini!! Cemburu cap apa namanya ni pun tak taulah...pelik sungguh!!
Bila korang cemburu pula apa korang buat? Londeh pakaian juga ke? Kalau cemburu tapi tak ada duit nak ke Bali macam mana? Atau kerana tak ada duit untuk pergi Bali korang merayau-rayau atas jalanraya atau lebuhraya dengan berbikini kerana cemburu? Bila orang tanya mengapa berbikini atas jalanraya, jawab korang, "Aku cemburu!!". Jika yang bertanya tu polis sah punya korang yang berbikini atas jalanraya kerana faktor cemburu ni akan dibawa ke balai dan kemudian dirujuk ke...ke....ke...ke...Hospital Tanjung Rambutan atau wad psikiatrik di mana-mana hospital terdekat!!
Nasib baiklah cuma cemburu biasa. Kalau cemburu luar biasa, kalau sangat cemburu atau cemburu tahap nombor wahid bagaimana pula? Adakah mungkin Fasha bukan lagi berbikini tapi bertelanjang bulat di Bali??
Alahai Fasha ooooiii, bagi lah alasan yang munasabah sikit....
adoi macam2 btol artis ni nak cari publisiti
ReplyDeletehurm.. susah nak ckp... bile agama dah diketepikan... sy bukan lah org baik sgt. tp masih lg waras berfkir ape yg baik, ape yg buruk. huhuhu,... T_T
ReplyDeletealasan memprbodohkn diri sendiri saja...apalah...huhu
ReplyDeletekalau dh kawin ni,cembru mcm mna lagi dia nak habaq ni..tak kan nak bogel secra live pulak..aduiii syg kau cnti sngt fasha,tapi akal takde.hheee
ReplyDeleteni baru betul cinta gila nih
ReplyDelete