Ketika menulis ini JR baru saja pulang dari Pulau Pinang dalam keadaan letih, pedih dan sedih...
Tengahari Khamis lepas JR terima panggilan telefon daripada adik di Pulau Pinang memberitahu ibuku dalam keadaan kritikal di Hospital Kepala Batas. Kaki kanan ibu telah dipotong sebanyak 2 kali dalam tempoh 3 minggu ini gara-gara penyakit kencing manis yang dideritainya.
Belum pun JR tiba di Hospital kepala Batas, satu lagi panggilan diterima: ibu tidak sedar diri dan semua organ ibu kecuali jantung dan paru-paru telah berhenti bertindak balas. Dan dalam keadaan sesulit itu hanya satu nasihat doktor: bawa ibu pulang untuk tatapan semua ahli keluarga...Justru adik JR membawa pulang ibu ke rumah dalam keadaan kaku dan tidak mampu bercakap.
Setibanya JR dan isteri di rumah ibu di Seberang Perai Utara, sanak saudara sudah ramai beradaa di sisi ibu. Suara tangisan saudara mara perempuan seperti tak dapat dibendung dan air mata menjadi tasik menyelubungi merahnya mata. JR terus menerpa ibu, mencium pipinya yang begitu wangi dan dingin. Dengarkah ibu suara sebak anak lelakimu ini?
Malam itu kami bergilir-gilir menunggu ibu sambil membaca yassin dan mengajarnya mengucap dua kalimah shahadat. Ibu walaupun tak boleh bercakap, tapi matanya terbuka dan seperti memahami apa yang kami ucapkan menerusi tindak balas yang dilakukannya.
Esoknya pada hari Jumaat, mata ibu tidak mahu dibuka lagi. Seperti semalam, JR seboleh-bolehnya enggan meninggalkan ibu, berada di sisinya, membisikkan dua kalimah shahadat di cuping telingannya dan membaca yassin untuknya sekerap mungkin. Ya Allah, lanjutkan usia ibuku, tapi jika takdirMu untuk memanggilnya kembali, janganlah disiksa dia di ambang sakaratul maut ini...
Menjelang Jumaat petang terasa nadi ibu makin lemah, nafasnya yang di waktu pagi begitu kencang tiba-tiba menjadi perlahan dan ketika jam di dinding rumah menunjukkan angka 4, nafas ibu seperti bergerak dan terhenti bertukar ganti....terlalu perlahan.. JR memanggil semua ahli keluarga di sisi. Tidak lama kemudian ibu berangkat pergi dengan tenang, diikuti suara esakan tangis menyelebungi satu kepergian yang tak akan kembali lagi.....
Kini JR telah menjadi anak yatim piatu. Ayah kembali ke rahmatullah pada 1996 dan kini ibu menyusulnya 15 tahun kemudian.
Selamat jalan ibu, semoga kau tenang di sana. Kini tiada lagi ibu untuk dicurahkan rindu. Yang tinggal cuma batu nisan di pusara sepi. Al-fatihah untuk Jamaliah bt Puteh.....
takziah bro..smoga roh arwah d tempat2kan d tmpat org2 yg beriman..bawa byk2 bersabar ya..
ReplyDeletetakziah..
ReplyDeleteAl-Fatihah
Scha & Farah: terima kasih krn memberi semangat
ReplyDeleteAssalamualaikum JR... Singgah sini baca entry. Ingatkan entry biasa saja. Saya tak tau nak guna ayat yang macam mana... Saya pun turut sama sedih, dan bersimpati utk JR...
ReplyDeleteBurn: terima kasih atas simpati....
ReplyDeletealfatihah~
ReplyDeletedoa anak yg soleh sentiasa bersama ibu bapa kita..=)
slm jR,frst nak mnta maaf kalau entry sy tu menyinggung persaan JR...Maaf sekali lagi,setiap yg hidup pasti akan kembali,bersabar laa.kerana kita akan menyusul nanti,sy pun dah jdi yatim thn 2005,time exam spm..sy rndu emak sy gak ,tapi nak buat mcm mna allah lagi menyayangi mereka..
ReplyDeletesma2 kita doakan Ibu Jr tenang disana,amin3...
AL Fatihah..
@kayla fadwah: terima kasih atas doa murni itu...
ReplyDelete@Woofer: Entry bro mengenai kencing manis tidak sedikitpun menyinggung perasaan saya. Apa yg bro tulis mengenai kencing manis adalah fakta sains kesihatan. Kencing manis memang jahat, kerana ia merebak dengan cepat, membunuh tanpa belas kasihan. Bayangkan ibu saya: 3 minggu masuk hospital akibat kakinya luka dengan bacaan gula ketika itu tidak begitu tinggi (antara 5-6 & kdg2 drop hingga 3-4), tapi akhirnya kakinya tak dpt diselamatkan lagi, mula2 dipotong bawah lutut dan akhirnya pahanya pula dipotong. Tapi kuman naik lagi ke atas, menyerang organ2 penting: buah pinggang & jantung...dan akhirnya ibu tidak lagi dpt melawan takdir Illahi yg menjemputnya pergi..
Jahatnya kencing manis, memang ia sangat jahat. Cuma kpd rakan2 yg masih muda jangan amalkan minuman bertin spt kopi,teh dan milo 3 dlm 1 dan juga teh/kopi tarik kerana kandungan gula di dalamnya yg sangat tinggi.
yang pergi tetap pergi.. yang hidup kena teruskan jugak. banyak-banyakkan berdoa untuk ibu bapa yang dah pergi tu yer.
ReplyDeleteAl-Fatihah, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Amiiinnnn...
ReplyDelete