»

21 January 2011

Murah..Murah..Belaian Rambut Fasha Sandha RM15 Saja




Sejak azali prinsip JR mudah saja: yang baik sokong, yang tak baik ditentang. Kalau nampak elemen dosa perlu tegur, walaupun teguran mulut adalah selemah-lemah iman, tapi sekurang-kurangnya perlu lakukan sesuatu. Tapi jika ada perkara baik ia perlu disokong 200%!

Dan ini ada sesuatu yang baik daripada Fasha Sandha yang harus disokong: Pada pertengahan Februari depan Fasha akan membuka satu salun kecantikan Chinta Hair Salon & Beauty di Wangsa Maju. Yang menariknya tentang salun ini ialah untuk tempoh tiga bulan pertama (Februari-April 2011), Fasha menawarkan perkhidmatan cuci dan blow rambut pada harga amat murah: RM15 saja! Bukan senang nak dapatkan harga semurah itu, apa lagi jika belaian rambut itu dilakukan oleh Fasha sendiri (jika nasib baiklah) dan pekerja-pekerjanya.

Jom sokong Fasha yang ingin buat pahala untuk peminatnya!!

Sumber berita: Kosmo, halaman 2. Maaf...tak dapat nak link berita penuh dalam blog ni, sebab berita ni tak ditemui dalam Kosmo Online. Kalau korang nak berita lanjut kena pinjam akhbar Kosmo hari ni daripada kawan-kawan korang.

1 comment:

  1. nak gak rasa fasha belai rambut sy ni best ke dak??ehehee mat pagi^^

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....