
Mengikut fakta kesihatan, jiwa yang tenang boleh memanjangkan usia. Antara tips untuk menenangkan jiwa ialah selalu bersikap positif, banyakkan senyum dan ketawa.
Tapi tahukah korang, ketawa jika tidak dikawal boleh mengundang kematian? Bukan satu kes ketawa boleh menyebabkan kematian, tapi banyak kes. Bukan saja orang biasa, malah ramai tokoh yang meninggal selepas ketawa besar. Antara mereka yang mati selepas ketawa ialah:
1. Pelukis terkenal Yunani bernama Zeuxis mentertawakan lukisan wajah wanita yang baru saja diselesaikannya. Kerana tertawanya terlalu berlebihan, akhirnya Zeuxis sesak nafas dan akhirnya meninggal dunia.
2. Pelawak Yunani bernama Philemon pula meninggal dunia kerana menertawakan lakonannya sendiri.
3. Seorang ahli falsafah Yunani bernama Chrisyppus, meninggal dunia selepas ketawa besar apabila menyaksikan seekor keledai sedang makan buah ara.
4. Penulis terkenal Italy bernama Pietro Aretino, ketawa kuat dengan cerita jenaka saudara perempuannya hingga terjatuh dari kerusinya kemudian dia menggelupur, mengalami kekejangan badan dan akhirnya meninggal dunia.
5. Penulis Scotland bernama Thomas Urquhart pula menemui ajal ketika mentertawakan kerja-kerja pembaikan singgasana King Charles II.
6. 1624: Puan Fitzherbert, bersama teman-temannya yang berasal dari Northamptonshire pergi ke Drury Lane Theatre untuk menonton Beggar’s Opera. Ketika seorang pelakon bernama Polly melakukan adegan lompat, Puan Fitzherbert tertawa begitu kuat hingga tidak dapat berhenti dan terpaksa dikeluarkan dari ruang theatre. Seminggu setelah pementasan opera itu, Puan Fitzherebert didapati meninggal dunia kerana diserang histeria ketawa yang berlanjutan.
7. 1975. Alex Mitchell meninggal dunia selepas ketawa besar ketika menonton tayangan TV komedi 'The Goodies'. Selepas 25 minit ketawa, Alex berhenti ketawa, kemudian jatuh di sofa terkena serangan jantung.
8. Ole Bentzen, audiolog yang berasal dari Denmark meninggal dunia selepas menertawakan film "A Fish Called Wanda". Ketika ketawa, degupan jantungnya meningkat hingga 300 degupan se minit yang membunuhnya.
(Sumber: kaskus.us)


No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....