Ini berita buruk untuk korang yang banyak menggunakan masa dengan duduk-duduk sama ada di dewan kuliah, di bilik darjah, di pejabat, di rumah dan lain-lain. Tahukah korang duduk lama-lama - purata duduk lebih dari 6 jam sehari - boleh mempercepatkan kematian?
Sebuah studi terbaru menunjukkan bahawa semakin lama korang duduk, maka risiko kematian akan semakin tinggi. Dan berita buruk kedua, yang paling cepat meninggal kerana duduk terlalu lama ialah wanita!
American Cancer Society dan Alpa Patel, dalam kajiannya menyatakan risiko tersebut juga bergantung pada kadar kegiatan fizik seseorang. Bermakna jika korang duduk agak lama tapi diselangi dengan kegiatan fizikal seperti senaman dan sukan, risiko kematian akan berkurang.
Mengikut kajian tersebut, wanita yang menghabiskan waktu enam jam sehari untuk duduk, 37 peratus dari mereka meninggal dunia lebih cepat daripada mereka yang duduk kurang tempoh itu. Ia berbeza dengan lelaki yang hanya 18 peratus meninggal dalam situasi yang sama. Mengikut kajian itu lagi bagi mereka yang duduk kurang dari tiga jam sehari, risiko kematian sangat rendah.
"Duduk terlalu lama dan aktiviti fizikal yang jarang dibuat mempengaruhi tahap keberkesanan organ pencernaan dan akhirnya menimbulkan penyakit trigliserida, kolesterol tinggi, kepadatan lipoprotein, glukosa berkurang, saluran darah tersumbat dan leptik, yang semuanya boleh menyebabkan obesiti dan penyakit kardiovaskular serta penyakit kronik lainnya," kata kajian itu seperti yang tersiar dalam Times of India pada 5 Januari 2011.
Kajian itu menyimpulkan masyarakat perlu dinasihati agar mengurangi waktu duduk dan memenambah aktiviti fizikal mereka bagi mengurangkan risiko kematian.
Memang jodoh dan maut di tangan Tuhan, tapi manusia dikurniakan akal untuk menentukan corak kehidupan mereka.
Dan korang sedang buat apa sekarang? Sedang duduk di depan laptop atau PC? OK, lepas baca entry ini jom kita pergi melakukan aktiviti fizikal...jom ikut JR berjoging!!
~ JR
jom3...
ReplyDeletenk join g jogging...
waaaa~takotnye...
jom3.. lepas ni, kalau nk online kat depan laptop kena smbil jalan2 la.. hehehe
ReplyDelete*nohfee online lebih dr 6 jam selalunya.* ;)
wah ngeri betol kajian ni... tp duduk best
ReplyDelete