»

07 January 2011

ADILKAH SENGSARA SEUMUR HIDUP CUMA DIBAYAR DENGAN 20 TAHUN PENJARA?

Aku kutip kisah ini yang berlaku 11 tahun lalu yang berlaku di Bandar Tenggara, Kulaijaya. Ketika itu seorang kanak-kanak lelaki bernama Shah atau nama penuhnya  Mohd. Shah Abdul Razak, dalam perjalanan pulang ke rumah. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang memegang sebatang kayu runcing menerkam Shah. Tanpa belas kasihan.....ini part yang paling ngeri nak cerita niii....penjenayah itu....
......penjenayah itu menusuk punggung Shah dengan kayu yang dipegangnya. Tusukan dengan kayu tajam itu menembusi lubang dubur...menembusi usus hingga ke kerongkong Shah. Sakitnya tak terperi!! Sakit... korang bayangkan...tangan terkena tusukan jarum pun bukan main sakit, ini kan lagi tusukan kayu menembusi lubang dubur hingga ke kerongkong!! Akibat tusukan itu, pundi-pundi kencing dan usus  Shah bocor. Doktor yang merawatnya mengambil masa selama lima jam untuk membuang kayu yang menembus separuh badannya itu.
Dan hingga kini, Shah yang sekarang berusia 23 tahun masih menangung kesakitan. Dia tidak dapat membuang air seperti manusia biasa dan terpaksa menggunakan beg takungan najis untuk membuang air. Ibunya, seorang atendan pam minyak terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM500 sebulan bagi membiayai kos perubatan Shah. Ayahnya pula telah meninggal dunia 4 tahun lalu.
Shah...derita sepanjang hayat. Berita lanjut di sini.....

Dan bagaimana dengan penjenayah durjana itu? Dia cuma dipenjarakan 20 tahun....
Bayangkan ketika kini Shah masih menanggung derita dan kesakitan, makan tidak selesa kerana kecederaan kerongkongnya dan tidak dapat membuang air seperti manusia biasa, penjenayah itu dapat makan 3 hari sekali di dalam penjara dan dapat membuang air tanpa rasa kesakitan.
Sembilan tahun lagi penjenayah itu akan keluar penjara. Dan ketika dia keluar penjara, Shah masih akan menangung derita hingga ke akhir hayatnya. Manakala penjenayah gila itu selepas dibebaskan mungkin akan mencari seorang lagi kanak-kanak untuk di sula punggungnya!!
Adilkah...sembilan tahun lagi penjenayah tersebut keluar dari penjara menjalani kehidupan sebagai manusia biasa, manakala Shah akan terus hidup sengsara dalam kesakitan hingga suatu saat apabila Allah menjemputnya pergi? Adilkah penderitaan seumur hidup Shah cuma dibayar dengan hukuman penjara selama 20 tahun?
Kalau aku Yang Arif Tuan Hakim, aku akan menjatuhkan hukuman.....Tapi minta maaf, kerana aku tak pernah bercita-cita menjadi hakim, kerana aku takut api neraka...kerana seperti hadis Nabi riwayat Abu Daud dan Tarmizi: bukankah 2 daripada 3 hakim masuk neraka?

~ JR

6 comments:

  1. pergh kesian tol kat die. hukuman kat negara malaysia ni banyak yang x memuaskan. Klik hantu :P

    ReplyDelete
  2. subhanallah,.terok nyer,.
    teringin nk tau lebih lanjut pasal kisah kes dye,.
    sbb dah 11tahun berlalu,.sy baru drjah3,.

    ReplyDelete
  3. ya allah, kesian nya...tak adil rasanye...huhu

    ReplyDelete
  4. perghh baruku tahu ader cite nei...ngerinya...sian dia...

    mmg x wajar hukuman 20 tahun tu!!!

    ReplyDelete
  5. tak tahan ke sula tu,aduiiii cian dia ni..

    ReplyDelete
  6. Di akhirat kita ada mahkamah kedua, bukan saja pesalah yg akan dibicarakan, Yg Arif Tuan Hakim juga akan dibicarakan....

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....