Ini ada satu berita baik untuk awek-awek di luar sana yang hatinya masih belum dihinggapi kumbang, atau kumbang sudah lari dan kini dalam sepi menunggu sesuatu yang tak pasti... Berita baik...berita baik...berita hot tahun baru:
Maka adalah dimaklumkan bahawa seorang pelakon hensem bernama....
Iqram Dinzly (gambar atas untuk sapa yang belum kenal), berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. Memandangkan jejaka Malaya yang hensem ni belum ada kekasih hati, dia telah memberi tempoh kepada keluarganya sehingga 29 September 2011 untuk dia cuba mencari seorang wanita yang sesuai untuk dirinya. Ini kerana dia ingin menamatkan zaman bujangnya sebelum tarikh itu iaitu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30.
Tapi kata Iqram, jika sehingga tarikh itu dia masih tidak menemui mana-mana wanita yang dimaksudkan, dia akan menyerahkan kepada ibu dan keluarganya untuk mencari calon pilihan mereka.
Korang yang belum ada kekasih pujaan apa lagi, jika hati rasa TERjatuh cinta dengan Iqram buatlah permohonan SEGERA. Lambat-lambat nanti terlepas pula!! Jangan lupa, tarikh tutup permohonan ialah pukul 12.00 malam 29 September 2011. Jika sampai tarikh itu Iqram masih tak menemui gadis idamannya, dia akan menyerahkan kepada kebijaksanaan ibunya untuk mencari calon yang sesuai untuknya.
Dan berita yang tak begitu menyeronokkan mengenai hal ini ialah:
....ibunya sudah mempunyai calon iaitu anak kepada kenalan ahli keluarga mereka untuk menjadi isteri Iqram.....
tetapi jangan bimbang dengan berita itu kerana:
...... Iqram masih belum membuat keputusan mengenai cadangan ibunya itu.
“Ibu ada beritahu saya nak jodohkan saya dengan seseorang tetapi saya tak bagi lagi jawapan. Biarlah sehingga tiba pada tarikh ulang tahun hari lahir saya,” katanya kepada mStar.
Mengikut maklumat yang aku tahu, Iqram seorang pemuda yang sangat santun dan baik hati. Selain berlakon (drama terbaru dalam pembikinan: Wangian Firdausi & Jiman) dia juga merancang untuk membuka perniagaan sendiri. Iqram juga turut bercadang mengerjakan ibadat haji selepas dua kali mengerjakan umrah sebelum ini.
OK kekawan, itu saja berita hot artis hari ini. ...Ingat lagu papa rock Ramli Sarip:
Jangan tunggu lama-lama...nanti dia diambil orang...
~ JR
jR,bukn dia ni ngan fauziang gous ke???ke dah putus ni.heheee ada cun la ngan fauziah gous,hahaaa
ReplyDeleteeh, bukan dia bercinta dengan fouziah gous ke?
ReplyDeletehuahuahua~ ada gk artis cmni.. adess.. =.=
ReplyDeleteFouziah Ghouse dah cauuu kot...Apa pun sapa2 yg berminat kemukakan permohonan segera sementara masih ada masa!!
ReplyDelete