Hari ni JR pergi ke Pasar Besar Alor Setar utk membeli beberapa barang basah. Selalunya pergi bersama Tunku Permasisuri, tapi hari ni Tunku Permaisuri kerja, terpaksalah JR pergi sendirian.
Lokasi pertama di Pasar Besar yang dijejaki ialah sudut menjual ayam daging. Di Pasar Besar Alor Setar ni ayamnya memang murah, pernah dulu harganya cuma RM3.40-RM3.80 saja sekilo, kemudian naik RM4 lebih dan kemudian RM5 lebih sekilo. Tapi hari ni ayamnya dijual pada harga RM6.50 sekilo. Kata tokeh ayam, ada masalah kekurangan ayam di pasaran sekarang ni.

"Kekurangan ayam di pasaran? Selsema burung mai balik ke atau banyak ayam kena penyakit hawar?" tanya JR.
"Tak...ayam bersembunyi dalam ladang. Lepas Raya Cina banyaklah ayam di pasaran balik" tiba-tiba mencelah seseorang yang berkopiah putih di belakang JR.
Hahahahaha....JR ketawa dalam hati. Taktik lama pemborong dan peniaga, menaikkan harga menjelang musim perayaan!!
Kemudian JR ke sudut jualan ikan pula. Seperti ayam, ikan pun tak banyak dijual di pasar hari ni. Penjual-penjual ikan yang biasa kelihatan di Pasar Besar Alor Setar, tapi hari ni mereka tak ada. Mungkin mereka dah tak jual ikan lagi sebab ikan berkurangan, mungkin sekarang mereka jual botol pula bagi menggantikan kerjaya sebagai penjual ikan??
Bila ikan berkurangan, harganya pun naik. Ikan kembung yang kecil dan cute tu yang dulu dijual pada harga RM2 hingga RM3 sekilo kini dijual RM5 hingga RM7 sekilo. Naik lebih 100%!!
Heran sungguh, sekarang bukan musim tengkujuh, bukan musim ribut tropika yang menyebabkan nelayan takut ke laut, sekarang musim cuaca baik. Anehnya mengapa ikan berkurangan, mengapa ikan tak ada, apa yang tak kena? Ke mana ikan bersembunyi? Atau seperti ayam, ikan pun ambil kesempatan bersembunyi sempena musim perayaan supaya harganya dinaikkan lagi?
Banyak betul barang yang bersembunyi dekat-dekat Raya Cina ni. Minyak masak dalam botol sudah 3 minggu tiada lagi di pasaran, bawang juga kini payah dapat dengan harga dulu, dan kini ayam dan ikan juga sukar diperolehi.
Hingga kini JR tertanya-tanya: ke mana ayam dan ikan bersembunyi? Adakah bila harga ayam dan ikan naik ke paras yang betul-betul tinggi baru ayam dan ikan akan berlambak memasuki pasaran semula? Atau memang ayam dan ikan sengaja bersembunyi - satu konspirasi untuk memperbodohkan manusia di musim perayaan ni?


haha..biasa la tu..musim perayaan sume mende mesti naik punye harga..
ReplyDeleteHe3, musim panas pon ikan harga tinggi...
ReplyDelete@farahroslan: dasar kaum pemodal, tak abis2 menindas pengguna.
ReplyDelete@Budak Botak: Ikan lari pi Antartika kot, cari tempat sejuk...