»

12 January 2011

SAFEE SALI RELA MATI DEMI INDONESIA


Inilah namanya profesionalisme. Ahli sukan profesional berani membuat apa saja demi memajukan kariernya. Dan mereka akan lebih teruja jika terpaksa melalui cabaran hebat kerana ia dapat menguji kekuatan mental dan ketahanan fizikal mereka.


Begitu juga dengan Safee Sali, pemain bolasepak tersohor masa kini Malaysia itu.  Dia akan membuat apa saja demi memajukan tahap profesionalismenya di arena bolasepak termasuk bermain dengan kelab bolasepak Indonesia. Malah dia rela mati di tangan penyokong fanatik Indonesia yang mengancam jiwanya, asalkan dapat bermain di Indonesia  seperti laporan ini:

"DI sebalik kerisauan keluarga terhadap keselama-tannya, penyerang sensasi negara Mohd Safee Sali tetap mahu beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) biarpun mendapat ancaman bunuh penyokong fanatik negara itu." (Sinar Harian/Bernama 12.1.11)

Berita selanjutnya di sini....

Korang yakinkah Safee akan di bunuh jika dia bermain di Indonesia? JR tak yakin dia akan mati dibunuh di Indonesia!! Sebab itulah walaupun diancam bunuh, Indonesia masih dalam igauan Safee. Lihatlah Bambang Pamungkas dan Ellyboy yang bermain di Selangor dulu, dia bukan saja tidak dibunuh oleh peminat bolasepak Selangor, tapi juga sentiasa dipertahankan kerana dia adalah antara nadi kekuatan Selangor ketika itu.

Dan jika ditakdirkan Safee bermain dengan kelab Indonesia dia pasti akan menjadi pujaan peminat-peminatnya di sana jika dia berjaya mengekalkan prestasi cemerlang seperti yang ditunjukkan dalam Pala AFF baru-baru ini...


3 comments:

  1. jgn la masuk team sana....

    ReplyDelete
  2. Ada baik juga utk safee pergi sana bg meningkatkan mutu permainannya. Tapi sgt bahaya jika ada penyokong yg bertindak liar. Harap 2 tak terjadi..gudluck

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....