»

08 January 2011

SI-YAHUDI BOSS FACEBOOK NI MEMANG PANDAI BUAT DUIT....

Korang pasti kenal Mark Zuckerberg, kan? Eh, tak kan tak kenal pulak...korang kan member facebook, tak kan tak kenal dia? Kalau belum kenal kena tanya Perdana Menteri dan menteri-menteri atau artis-artis,  sebab mereka antara orang bijak pandai yang ada facebook.

Tapi kalau malu nak tanya orang besar-besar siapa Mark Zuckerberg, o.k.,  tanya aku ajer la, sebab aku pun member facebook juga...

Mark Zuckerberg ialah taukeh besar@pengasas facebook. Dia orang Yahudi yang masih muda, baru berusia 26 tahun tapi dah bergelar super biliionaire.

Dan ini berita terbaru mengenai kekayaan si-Yahudi yang menjadi pujaan jutaan pengikut facebook Malaysia itu dari pelbagai sumber berita:

Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg yang berusia 26 tahun semakin kaya ekoran pelaburan baru yang dibuat oleh dua pelabur baru, lapor  Agensi. Ekoran pelaburan baru itu, nilai kekayaan Zuckerberg kini hampir AS$14 bilion (RM42.92 bilion).


Firma Goldman Sachs membuat pelaburan sebanyak AS$450 juta (RM1.37 bilion) dan syarikat Digital Sky Technologies membuat pelaburan AS$50 juta (RM153.30 juta).

Pelaburan dalam bentuk wang tunai itu membolehkanFacebook mengupah pekerja baru selain mengekalkan pekerja sedia ada. Ia juga menyebabkan nilai Facebook meningkat kepada AS$50 bilion (RM153 bilion).


Zuckerberg yang memiliki suku saham dalam laman itu dan bilionair termuda di dunia akan meningkatkan kekayaannya kerana sebelum ini majalah Forbes membuat anggaran kekayaannya berjumlah AS$6.9 bilion (RM21.15 bilion) semasa Facebook bernilai AS23 bilion (RM70.51 bilion). 

Sementara itu, sebuah syarikat pelaburan Rusia, DST Global yang dilaporkan melabur sebanyak AS$50 juta (RM153.3 juta) di dalam syarikat laman sosial Facebook adalah milik taikun Internet, Yury Milner (gambar atas), lapor sebuah akhbar.
Milner juga merupakan pengerusi Kumpulan Mail.Ru yang kini berkembang menjadi firma Internet terbesar di Rusia. Kedua-dua syarikat itu telah memperoleh keuntungan besar dalam sektor laman jaringan sosial.


Menurut AFP, kumpulan itu mempunyai 2.38 peratus pelaburan di Facebook termasuk DST Global yang jumlahnya tidak didedahkan tetapi laporan tahun lalu mendedahkan bahawa ia adalah sebanyak 10 peratus.

Laporan daripada akhbar The New York Times baru-baru ini menjelaskan bahawa sekiranya DST Global melabur sebanyak AS$50 juta (RM153.3 juta) dalam Facebook, jumlah gabungan pelaburan firma itu bersama Mail.ru dalam laman itu adalah melebihi AS$500 juta (RM1.5 billion).

(Sumber berita; Sts, New York Times, AFP, Agency)

~ JR Yahudi pengasas Facebook tu memang pandai buat duit dan kita rakyat Malaysia turut membantunya....

3 comments:

  1. info yang menarik. same2 kite renungkan

    ReplyDelete
  2. minta share entry ni. following

    ReplyDelete
  3. -freaky: terima kasih.
    -Aku Bebas: boleh share, dipersilakan. Follo u too..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....