Ini entry kedua aku hari ini. Entry pertama dalam blog ini pagi tadi aku catatkan mengenai cuti umum yang diisyhtiharkan esok oleh Perdana Menteri malam tadi selepas Malaysia menjuarai Piala AFF. Aku catatkan dalam entry aku itu cuti hari Jumaat tak adil untuk negeri-negeri Kedah (negeri aku ler tuuu), Kelantan dan Terengganu yang sememangnya hari Jumaat mereka bercuti.
Tapi pagi tadi ada berita baik untuk orang Kedah. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perhimpunan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darulaman mengumumkan cuti umum diisytiharkan untuk Kedah pada hari Ahad ini. Yang paling seronok pastilah murid-murid sekolah: hari Ahad nanti sekolah sambung cuti lagi dan hari Isnin baru sekolah buka!! Yang mana belum beli pakaian dan peralatan sekolah boleh tunggu lagi hingga hari Ahad ini.....
Jadi sekarang tak ada siapa boleh kata tak adil lagi, semua negeri di Malaysia akan bercuti 3 hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad. Terima kasih team bola Malaysia!!
Jadi sekarang tak ada siapa boleh kata tak adil lagi, semua negeri di Malaysia akan bercuti 3 hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad. Terima kasih team bola Malaysia!!
~ JR
yes yes yes!!! hahah(w'pon nohfee bukan org kedah). heheh
ReplyDeleteade link sources ni tak?
ReplyDeletenohfee,
ReplyDeleteLink sources ada dlm entry saya...
yeah2...
ReplyDeleteBawalah keluarga bercuti sebelum sekolah dibuka.
ReplyDeleteMasa cuti ni eloklah Yang Bungul Azizan Razak pergi melawat Kuantan. Sekarang ni dah banjir. Manalah tau kot kot boleh buat isu projek landasan berkembar lagi pulak.
ReplyDeleteklntan pun cuti gak ahad ni..hheeee okl a tu kan JR,baru adil dan saksama^^
ReplyDeletelalallalalla tumpang happy gak
ReplyDeleteEllo kawan2 (Nohfee, Rush D, adf,Woofer & Nora),
ReplyDeleteJom raikan cuti ini bersama utk manfaat famili, rakan2 dan dunia....