Esok 1 Januari 2011. Esok tahun baru. Malam ini malam tahun baru, ramai yang sambut tahun baru...new year's eve... di banyak tempat, antaranya: * Dataran Merdeka: Konsert Tahun Baru anjuran DBKL/Am Bank * Genting Highland: Sambutan Tahun Baru & Pertunjukan Bunga Api * Central Market: Konsert Memori Rock KLFM * Shah Alam: Sambutan Ambang Tahun Baru I-City * Shah Alam: New Year Eve Celebration di Hotel Quality bersama Ahmad Jais & Rohana Jalil * Pulau Pinang: Sambutan Tahun Baru "I know u want me" di Padang Kota Lama * Pulau Pinang: Sambutan Tahun Baru di Penang Times Square, Jalan Datuk Keramat Aku pula nak sambut tahun baru di mana malam ni? Aku malam ini insyaallah tak ada di rumah, bukan kerana untuk sambut tahun baru, tapi kerana aku ingin menziarahi seseorang yang sedang uzur. Tapi jika orang tu tak uzur pun dan aku tak ada kerja apa-apa pun ketika itu, aku tak akan...tak akan pernah...never & never.. go to New Year Eve Celebration!!! Aku tak akan pergi..aku tak pernah pergi untuk kerja pesta-pestaan yang cuma membuang waktu itu...never & never! Mengapa aku benci sangat dengan sambutan tahun baru dan tidak pernah sekali pun dalam hidupku menyambut atau terhibur dengannya? Kerana ia melibatkan pergaulan bebas lelaki perempuan dan esoknya pencuci sampah pasti jumpa kondom di merata-rata tempat? Kerana 9 bulan lagi lepas 1 Januari 2011 akan lahir ramai anak haram hasil malam pesta tahun baru? Kerana sebagai orang Islam kita dilarang meniru perayaan yang ada hubungan dengan budaya orang bukan Islam? Kerana menghadiri New Year Eve Celebration bermakna kita bersekongkol dengan pembaziran, sedangkan pembaziran itu adalah budaya syaitan? Mungkin semuanya ya, mungkin semuanya tidak, mungkin separuhnya ya dan separuh lagi tidak!! Tapi itu tak penting sangat..Sebenarnya sejak azali aku selalu berpikir mengapa perlu sambut tahun baru, mengadakan pesta-pestaan yang menggalakkan kemaksiatan, membakar bunga api yang nilainya jutaan ringgit dll. Mengapa, mengapa, mengapa? Mengapa jika korang banyak sangat duit, duit itu tak disalurkan untuk membina sekolah, klinik, hospital, rumah kebajikan...tapi disalurkan untuk pesta membakar duit, untuk 9 bulan lagi bakal lahir beberapa orang anak haram? Mengapa? Dalam hidupku tak ada istilah tahun baru atau tahun lama...Aku tak pernah berfikir tentang tahun baru dan azam tahun baru yang seringkali melucukan itu. Yang ada dalam hidupku cuma untuk memeriahkan setiap hari baru dengan nawaitu menjadi manusia terbaik. Pagi semalam, pagi ini dan pagi esok aku tetap manusia sama yang bangun pagi dengan nawaitu menjadi manusia terbaik. Pagi esok juga aku akan bangun dengan nawaitu yang sama, tanpa memperdulikan ia tahun baru atau ia tahun tak baru!! Aku ingin menjadi manusia terbaik tidak kira tarikh hari ini ialah 31 Disember, 1 Januari, 1 April, 31 Ogos....dotdotdot... Esok memang 1 Januari 2011, so what? Mengapa aku mesti peduli esok tahun baru atau tahun tahun tak baru ? ~ JR |
31 December 2010
APA AKU PEDULI ESOK TAHUN BARU ATAU TAHUN TAK BARU??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya pon xpernah pegi pesta sambut new year ..merdeka ke ape ke..jom heboh pon xpernah pergi.. selalu pergi pesta konvo kat campus n pasar malam je..huhu.. bukan semua org yang jenis mcm t yg suke pergi smabutan new year..im not dat type coz bf sy dh pesan jgn pergi..bhy..so sy xpernah la pergi seumur idup sy...bila tahun baru sy lebih suka list kan ape saya nk capai dalam tahun ni..actually sy dah start list azam tahun baru since awal muharam ari tu lagi..bg saya xsalah utk ada azam baru..sbb bila ada azam dn cita2..barula kita tahu apa kita nak capai lam idup ni n lebih maju dr yg dulu..allah pon suka bila kita improve diri kita ke arah yg lebih baik..kalau dulu jahat, maybe dlm tahun baru ni sebagai turning point utk berubah ke arah kebaikan...menjadi hamba Allah yang lebih soleh..dan menyesali perkara2 yang buruk yang telah kita lakukan pada tahun2 sebelum nie. sambut je tahun baru dengan sujud syukur, solat sunat hajat, tahajud dan taubat.kan lbh afdal sbb hanya Allah yg mendengar luahan hamba2nya bukan bunga2 api yang akan makbulkan doa2 kita..ye dok? hehe..happy new year to JR.. may god bless you always..
ReplyDeletehe3, dok umah je la mlm nie...
ReplyDeleteWaalllaa Budak Botak: kita serupa....
ReplyDelete