ALOR SETAR: Ketika singgah di sebuah restoran mamak sebentar tadi, telinga aku sempat menangkap beberapa bualan pengunjung. Topik apa yang paling panas kini...tentulah mengenai team bola Malaysia yang berjaya mengganyang Indonesia dengan agregat 4-2.
Dalam cakap-cakap bola itu pula ada pengunjung beritahu sempena kemenangan bergaya itu, Hari Jumaat ini telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh Kerajaan Malaysia. Dan tiba-tiba aku terdengar komen ini dari seseorang:
"Tak adil betul..cuti pun hari Jumaat, mengapa bukan Hari Ahad ka, hari Isnin ka? Hari Jumaat memang kat Kedah ni cuti. Dah la Tahun Baru pun di Kedah tak pernah dapat cuti, Malaysia menang bola pun tak dapat cuti juga. Malaaaaaangg..."
Kesian juga bila dengar keluhan tu. Dalam hatiku berkata, sabar ajer laa. Kegembiraan dan kebanggaan melihat pasukan bolasepak kita menang Piala Suzuki tak boleh dibandingkan dengan hadiah sebuah cuti am. Lalu, jika dapat cuti Alhamdulillah, tapi bila tak dapat cuti tambahan pun tak apalah, kan. Dah Jumaat di Kedah memang cuti, jadi cuti ajer laa, jangan ler jelezzz pulak...
~ JR
he3, btol tu kat Kedah mmg Jumaat cuti. Bdk Botak ni tambah ngn mmg tgh cuti mmg x rasa apa la, he3...
ReplyDeletehidup nie kadang2 ada rugi kadang2 ada untung.....yang tak syok nyer......bila rugi masa rugi...heeeeeee.hiiieeeee....
ReplyDeletenak buat mcm mna kan,dah cuti jumat..sbr je la,lagi pun hari jumat hari mulia kan jR...hehee
ReplyDeleteBagi mereka yg cutinya hari Jumaat, tunggulah pengumuman terbaru (itu pun kot2 ada). Mana tau kan hari Isnin cuti....
ReplyDeleteTapi seperti yg saya kata dlm entry ini, yg penting bukan cuti tapi rasa bangga sbg rakyat Malaysia kerana bolasepak Malaysia yg sebelum ini sering dihina kini mampu terbang tinggi di angkasa Asia tenggara!!