»

31 December 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU...KESIAN MELAYU, KAN??


Apa ada pada 1 Januari? Mengapa tahun baru perlu disusuli dengan azam baru? Mengapa rata-rata kita lebih mengingati dan menyambut tahun baru Masehi berbanding tahun Hijrah? 

            

Apa ada pada 1 Januari sehingga sejak malam ia disambut sebegitu rupa?

Ada yang percaya Nabi Isa lahir pada 1 Januari, sebab itu tahun kelahiran Nabi Isa itu diabadikan sebagai tahun 1 Masehi. Hari ini 1 Januari 2011, jadi jika Nabi Isa masih hidup, usianya ialah 2011. Tapi ramai yang percaya Nabi Isa bukan lahir pada 1 Januari, tapi 25 Disember. 

Tapi benarkah Nabi Isa lahir pada 1 Januari atau 25 Disember?

Pendapat ketiga menyatakan Nabi Isa tidak lahir pada 25 Disember atau 1 Januari. Ini kerana mengikut sejarah, ketika Nabi Isa lahir musim menuai, sedangkan 25 Disember dan 1 Januari adalah musim sejuk di tempat kelahirannya.

Jadi mengapa pula 1 Januari disambut sebegitu rupa sebagai perayaan Tahun Baru?

Sebenarnya sambutan 25 Disember dan 1 Januari itu adalah berasal daripada perayaan Rom kuno yang kebanyakannya para penyembah berhala. Januari itu sendiri berasal daripada nama Dewa Janus- salah satu dewa orang-orang Roman. Dari Janus itulah dibentuk menjadi bulan Januari. Apabila agama Kristian masuk di kalangan orang-orang Rom, mereka mengubahsuai upacara-upacara keagamaan mereka sebelum itu lalu dimasukkan ke dalam agama Kristian.            

Dengan kata-kata lain sambutan tahun baru 1 Januari tidak ada kena mengena dengan agama dan budaya orang Melayu/Islam. Ia cuma budaya orang Kristian dan budaya Roman purba yang menyembah berhala. Tetapi sebagai bangsa yang kuat meniru, 1 Januari kini telah menjadi sebahagian dari perayaan masyarakat Malaysia, termasuk Melayu yang beragama Islam.

Kesian kan orang Melayu?

~ JR

3 comments:

  1. kite xleh nk salahkn org yg smbut thn baru...ira pn xpnah smbut...just tgk kt tv...mgkin pd diorangthn baru sgt bermakna...thn baru mnjadikn mereka lebih bersemangat dgn azam baru.

    ReplyDelete
  2. malam tahun baru ni duduk rumah je...org melayu..ikut pemimpinnya....mereka yang anjurkan..abis duit tembak bunga api..huhu

    ReplyDelete
  3. bukan semua org melayu...cuma gunakan kalander masihi utk seharian,bab sambut2 tu takde langsung...budaya sambut tahun baru..yg tu kena tanya PM!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....