Musim cuti-cuti Malaysia ni memang orang nampak lebih ramai berjoging berbanding musim-musim biasa. Pagi tadi pagi-pagi lagi saya sudah berada di tempat biasa saya berjoging: Taman Rimba, Alor Setar.
Habis berjoging 6 kilometer saya terus ke tempat parking kereta...tapi....alamak, siapa yang menghalang laluan pula ni? Nak mampus betul, parking betul-betul di depan bonet kereta aku!! Macam mana nak keluar niih, nak kena terbang ke?
"Apa la orang ni," rungut saya kepada seorang lelaki berhampiran kereta saya, "Tak nampak ke ada kereta lain, pakai parking ikut suka hati dia saja"
"Orang yang parking kereta tu ada di depan dekat pondok guard tu...pompuan yang baju biru tu...encik pi lah ligan (kejar) dia" kata lelaki itu sambil tangannya menunjukkan susuk seorang wanita kira-kira 50 meter di depan saya yang sedang berjalan cuba memasuki Pejabat SUK Kedah.
Saya pun dengan aksi seperti berjoging terus mengejar perempuan itu. Tapi perempuan itu berjalan agak cepat dan dengan itu saya perlu berlari lebih kuat untuk mendapatkannya.
Setibanya di pintu pondok pengawal, saya cuba ditahan pengawal, tapi saya tidak mempedulikannya, "Kecemasan..kecemasan," saya menjerit kepada pengawal sambil berlari,"Saya nak ligan (kejar) pompuan tu!!". Pengawal tersebut keluar daripada pondok pengawal dan seperti mengejar saya pula!
Mujur juga saya sempat mendapatkan perempuan itu sebelum dia memasuki lif. Jika tidak susahlah saya, terpaksa masuk pejabat dengan badan berpeluh dan mungkin....oh, tidak...badan berbau!!
"Sori, sori," kata perempuan itu, " Saya nak cepat tadi,. ada majlis di dalam. Saya ingat encik peserta majlis juga, sebab itu saya letak kereta di depan kereta encik"
Saya tak mahu berbahas panjang dengan perempuan itu. Tapi mana boleh pakai ingat dan andaian bahawa kereta saya adalah kereta peserta yang hadir dalam majlis, dia boleh meletakkan kereta sesuka hatinya. Mana boleh pakai "ingat-ingat", mana boleh buat andaian! Tapi saya tak mau cakap panjang, jika cakap panjang nanti ada yang tersinggung dengan cara saya menyindir!
Selepas keluar dari tempat parking, saya tertanya-tertanya: mengapa pemandu perempuan selalu nampak seperti tidak cermat? Ini bukan kali pertama, tapi sudah banyak kali berhadapan dengan situasi wanita bawa kereta ikut sedap hatinya sendiri saja sehingga menyusahkan kita. Kadang-kadang ada yang parking tak masuk petak, masuk simpang tak beri signal, malah kereta saya pernah dilanggar pemandu perempuan dari belakang, bukan sekali, tapi dua kali!! Perempuan dalam insiden pertama ada sopannya juga, dia berhenti dan kemudian bayar ganti rugi. Perempuan dalam insiden kedua lari begitu saja, malangnya saya yang mengejarnya tersangkut ketika lampu isyarat bertukar warna. Apabila lampu isyarat bertukar hijau, perempuan itu bersama keretanya hilang entah di mana!
Bukan semua perempuan begitu, ramai yang membawa secara berhemah, tapi yang dua tiga kerat itu amat menyusahkan pemandu lain. Yang seronoknya isteri saya juga pernah melalui pengalaman yang sama baru-baru ini: ketika makan kenduri bersama rakannya dia meletakkan kereta menghalang laluan kenderaan di depannya. Yang bestnya, tayar depan sebelah kanan kereta yang dipandu isteri dikempiskan - mungkin oleh pemandu kereta yang berang kerana laluannya dihalang. Yang lucunya isteri saya baru sedar tayar kereta tidak ada angin ketika sampai di rumah, itupun saya yang memberitahunya.12 km dia pandu kereta relax saja tanpa menyedari tayar depan tidak ada angin!!
Perempuan oh perempuan.....
tak semua pompuan spt itu...istri saya bawa kereta mengalahkan harimau bintang!!
ReplyDeletehe3, lawa ja moto dia tu, peminat kasut kot...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete