»

14 December 2010

WANITA SEKARANG JAHAT-JAHAT DAN SUKA KACAU LELAKI??

  l

Eh...apa dah nak jadi dengan dunia hari ni? Jika tonton cerita dalam film-film Melayu zaman dulu...zaman P.Ramlee, Nordin Ahmad, Tompel, Rosyatimah, Sarimah dan mereka yang sewaktu dengannya banyak dihidangkan kisah lelaki yang selalu goda perempuan.

Tapi rupanya zaman sudah berubah. Kini bukan zaman makan nasi lemak daun pisang lagi, kini zaman makan KFC, Mc Donald, Pizza dan serba serbi makanan yang boleh membuatkan kita mati cepat. Kini bukan zaman hantar surat pakai posmen, kini zaman pakai SMS. Kini bukan zaman naik basikal lagi, kini zaman budak sekolah rendah pun pergi sekolah naik motor (tak ada lesen ler tu...).

Dan perempuan sekarang juga sudah berubah dan semakin cepat matang...budak perempuan darjah 4 pun sudah pandai simpan boifren!! Dan jika zaman dulu banyak kisah lelaki menggoda perempuan, sekarang banyak pula cerita perempuan yang menggoda lelaki...gangguan seksual!!

Perempuan jangan marah yer...yang kata ramai perempuan menggoda lelaki, ramai perempuan yang melakukan gangguan seksual terhadap lelaki bukannya saya, tetapi yang menyatakan demikian ialah seorang professor wanita daripada Universiti Putra Malaysia (UPM): Dr Jamilah Othman. Ia berdasarkan kajian yang dilakukannya yang mendedahkan perkara sebegini banyak berlaku kerana katanya wanita sekarang lebih "terbuka, berani dan... bermotif jahat".

Alamak, professor wanita tu kata wanita sekarang ramai yang jahat....takutnya akuuuu....

Baca berita mengenai perkara itu dalam Kosmo hari ini atau sebahagiannya boleh dilihat di sini:   

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

~ JR Shoppe

3 comments:

  1. perempuan zaman it x sama mcm zaman dulu...

    ReplyDelete
  2. Untung lelaki zaman dulu, nak pergi kerja isteri sediakan sarapan, pakaian kerja isteri sediakan, balik rumah isteri sambut di pintu, bila penat isteri picitkan....sebab itu orang dulu anaknya ramai, kerana kemesraan berpanjangan. Tapi zaman sekarang semua suami kena buat sendiri..tak lagi makan makanan bekas tangan isteri, tapi bekas tangan wanita Indon atau bini mamak...nasiblah apa nak buat!!!

    ReplyDelete
  3. Perempuan sekarang bukan semuanya jahat jahat tetapi ada segelintirnya yang jahat. Bukan yang bujang sahaja tetapi isteri orang pun ada berani berhubung dengan boyfriend lama melalui facebook,buat dummy profile takut suami tahu.Bila berchit chat atau sms dengan boyfriend lama mulalah cerita tak bahagia padahal anak dah berderet,sunyi,feeling down la,ajak old boyfriend teman tengok wayang (ajak dating la tu ).Masa berhubung degan old boyfriend ini pada waktu petang atau malam sebab suaminya balik lambat kerana bekerja. Kasihan si suami yang bekerja siang malam cari rezeki untuk isteri dan anak anak tetapi siisteri ini tak bersyukur.Kasihan juga kepada isteri si old boyfriend sebab tak tahu menahu yang sisuami asyik dok melayan old girlfried melalui facebook, sms dan phone masa tengah malam waktu siisteri sudah tidur.Kepada para para isteri ingatlah perbuatan ini akan mendorong anda untuk melakukan dosa yang lebih besar jika tidak beringat.Satu lagi jangan percaya suami anda bulat bulat.Kena berwaspada.Ada kes isteri minta cerai dengan suami sebab nak jadi isteri kedua old boyfriend.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....