»

15 December 2010

MENGAPA TAKUT JIKA TAHU KITA AKAN MATI PADA 2012?



Bolehkah anda percaya bahawa hidup ini akan berakhir setahun lebih saja lagi? Jika benar-benar terjadi mengapa...anda takut mati? Mengapa takut...belum bersedia untuk mati lagikah?

Jika tidak takut mati mengapa isu mengenai kiamat pada tahun 2012 dibincangkan di Parlimen kelmarin? Ingat, ia dibincangkan di Parlimen, bukan kopitiam, bukan warung, bukan kedai kopi!!

Kelmarin, di Parlimen, Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, berdasarkan kajian NASA menunjukkan bahawa tiada bukti sahih tentang  Planet Nibiru akan melanggar bumi pada 2012.

"Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen kelmarin.
Tetapi benarkah penafian sesuatu agensi itu menunjukkan bahawa sesuatu perkara itu sememangnya tidak akan terjadi? Bukankah NASA dan pelbagai agensi mengenai angkasa lepas Amerika Syarikat sering menafikan kewujudan UFO, tetapi cerita mengenainya terus dibualkan, malah banyak pula gambar mengenai objek tidak dikenali itu pernah diambil? Amerika sering menafikan banyak perkara termasuk kekejaman mereka di Iraq dan Afghanistan, kekejaman Israel di Palestin, tetapi apa yang orang nampak dan buktikan adalah sebaliknya.
Kerajaan Malaysia juga sering menafikan banyak perkara, tetapi perkara yang dinafikan itu akhirnya dilihat kebenarannya. Ada menteri yang pernah menafikan harga minyak RON 95 tidak akan naik tahun ini, tapi baru-baru ini harga minyak naik juga. Ada juga orang besar yang pernah menafikan dia kahwin lain dengan seorang selebrati, tetapi kebenaran mengenainya akhirnya tidak dapat disembunyikan lagi.
Jadi bolehkah kita yakin kiamat tidak akan terjadi pada 2012? Bolehkah kita yakin 2012 hanya jodol sebuah filem box office dan ia cuma sebuah hiburan untuk menakutkan anak-anak kecil dan mereka yang tidak siuman? Bukankah Allah sudah berkata "kun fayakun"..... apabila Allah berkata jadi, maka jadilah!! Jika 2012 sudah ditentukan Allah untuk kiamat, apa nak buat?
Atau Menteri memberitahu Ahli Parlimen bahawa kiamat tidak akan berlaku pada 2012 untuk menyedapkan hati Ahli-ahli Parlimen sendiri yang kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi PRU-13 yang mungkin diadakan pada 2012? Jika Menteri tidak menafikan kiamat akan berlaku pada 2012, maka ramailah Ahli Parlimen yang susah hati. Ini kerana kebanyakan Ahli Parlimen pasti masih berharap punggung mereka yang kebanyakannya penuh lemak itu akan masih berada di kerusi empuk Parlimen selepas PRU-13 dan menikmati pelbagai elaun dan keistimewaan lumayan sebagai MP!!!
~ JR Shoppe

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....