Kemalangan bas ini akibat perbuatan orang gila?
Tengahari tadi saya masukkan posting dalam blog saya ini mengenai kenyataan Ketua Pengarah IKIM bahawa 10% atau 3 juta rakyat Malaysia ada masalah mental. Ketika menulis, saya belum mendengar kemalangan dahsyat di km 15, Jalan Simpang Kulai-Cameroon Highland lewat tengahari tadi yang menyebabkan 28 penumpang yang kebanyakannya rakyat Thailand terbunuh.
Dan baru sebentar tadi dalam siaran berita Buletin Utama TV3, Ahli Parlimen (MP) Cameroon Highland, Datuk SK Devamany yang menyatakan kemalangan itu berlaku kerana kemungkinan ada unsur pengkhianatan. Unsur pengkhianatan yang dimaksudkan MP tersebut ialah kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggung jawab mencurah petrol ke atas jalanraya bagi mewujudkan kemalangan.
Mengapa ada manusia yang suka melihat kemalangan berlaku, suka melihat ada yang meninggal dunia dan cedera? Mereka yang melakukan perbuatan tak bermoral itu kononnya daripada pihak syarikat penunda dan bengkel kereta yang mendapat 'durian runtuh' apabila kemalangan berlaku. Semakin banyak kemalangan berlaku, mereka makin seronok kerana banyak wang mengalir masuk ke dalam akaun mereka. Bila kemalangan jalan kurang berlaku, mereka susah hati kerana tidak banyak wang yang masuk..Justru mereka terpaksa 'mewujudkan kemalangan' dengan mencurahkan minyak (dan juga paku) ke atas jalan. Mereka tidak peduli ada yang mati atau cedera, yang penting wang masuk poket!!
Jika apa yang dikatakan MP berkenaan benar, ada orang yang demi duit sanggup mencurah petrol atas jalan, maka orang itu memang benar-benar gila, benar-benar setan, benar-benar hantu! Hanya orang gila yang sanggup buat apa saja demi wang termasuk membunuh dan mencederakan orang yang tak bersalah. Justru, kenyataan Ketua Pengarah IKIM semalam bahawa 3 juta daripada rakyat Malaysia mempunyai masalah mental memang benar dan pencurah petrol itu adalah salah seorang daripada 3 juta rakyat Malaysia yang tak siuman itu.
Jika benar ada 3 juta orang sakit jiwa di Malaysia, maka lebih banyak hospital sakit jiwa perlu diwujudkan di negara ini. Hospital Bahagia, Hospital Permai dan wad-wad psikitrik di banyak hospital di negara ini masih tidak mencukupi untuk menampung 3 juta rakyat Malaysia yang tak siuman itu. Jika tidak, terpaksalah kita menyaksikan lebih banyak kematian dan kecederaan orang-orang tak berdosa di negara ini di masa-masa hadapan akibat perbuatan orang-orang gila yang berada berhampiran kita!!
~ JR
ish... dh x aman. huhu
ReplyDeletekalo btol la, biar hantu2 yg mati tu p kaco orang yg letak minyak tu, baru dia insaf, ha3
ReplyDeleteIt’s a pleasure to visit this blog because it has a detailed structure. Simply Excellent.
ReplyDeleteThanks for the information. I’m really glad that you share your ideas about this. I must relay these ideas to my friends.
ReplyDeleteairport pickup w2 | heathrow to w2