»

21 December 2010

SEJAK BILA ALLAH UTUSKAN GAGAK JADI UTUSANNYA??


Sejak petang semalam dan hari ini 1Malaysia heboh dengan cerita kemalangan ngeri di Cameroon Highland yang mengorbankan 17 penumpang bas yang hampir kesemuanya warga Thailand. Lalu hari ini semua akhbar membawa berita yang sama bagi melariskan jualan akhbar yang dikatakan kian merosot akibat penangan media internet itu..

Tapi yang paling menarik perhatian saya ialah paparan berita di akhbar ini:


Ratusan gagak petanda ajal menjemput pelancong



HOTEL yang menjadi tempat penginapan 35 pelancong Thailand sebelum 25 daripada mereka terkorban dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, Ipoh semalam.



IPOH – Ketika semua pihak masih tertanya-tanya mengenai punca kemalangan dan mengapa 25 daripada 35 pelancong dari Hatyai, Thailand itu menjadi korban, kakitangan di sebuah hotel yang didaftar masuk oleh kesemua mangsa sudah mempunyai jawapan tersendiri.
Menurut kakitangan yang enggan dikenali itu, pada hari pelancong tersebut mendaftar masuk pada pagi Ahad lalu, dia melihat ratusan burung gagak tiba-tiba bertenggek di atas bumbung hotel sambil membuat bising.
Apa yang menghairankan katanya, sebelum ini, senario seperti itu tidak pernah berlaku walaupun spesies burung berkenaan dikatakan banyak terdapat di kawasan tersebut. Ia seakan-akan memberi petanda awal mengenai tragedi itu.
“Tambah misteri lagi apabila burung-burung tersebut tetap bertenggek di situ dengan membuat bising sepanjang malam tadi (kelmarin). Ketika itu, entah kenapa kami tidak pula cuba menghalau burung tersebut.
“Senario tersebut mengundang keanehan kepada pekerja hotel dan pengunjung lain kerana ia seolah-olah salah satu babak di dalam filem yang selalunya dikaitkan dengan kematian seseorang,” ceritanya kepada Kosmo! semalam.

(Sumber: Harian Metro)


Lalu hati saya bertanya-tanya mengapa di zaman ini masih ada manusia yang percaya ramalan-ramalan sebegitu? Sejak bila burung dilantik menjadi utusan Allah memberitahu manusia tentang masa hadapannya? Bukankah mempercayai ramalan sedemikian boleh menjerumuskan manusia kepada syirik? 

"Tidak ada ‘penularan penyakit (Adwa), tidak ada burung penentu nasib baik dan buruk (Thiyarah), tidak ada burung hantu pembawa sial (Hamah), tidak ada bulan shafar pembawa sial atau keberuntungan (Shofar)” (hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

"Barangsiapa yang hajat (niatnya) percaya kepada penentuan nasib dengan burung dan lain-lain (peramal), maka orang itu telah menjadi musyrik (hadis riwayat Ibnu Umar)

Jika gagak hitam boleh meramalkan nasib, maka ramailah orang yang akan membela burung gagak lepas ini dan meminta nasihat gagak sebelum membuat sesuatu. Tidak perlulah lagi kempen menembak gagak seperti yang dijalankan di sebuah daerah di Selangor baru-baru ini.

Tidak sangka pula ada orang yang percaya binatang pemakan bangkai yang kotor seperti gagak boleh dilantik Allah sebagai utusan memberitahu nasib masa hadapan mereka. Lepas ini mungkin ada pula yang percaya lalat yang kotor itu juga boleh meramalkan masa hadapan mereka?

~ JR

2 comments:

  1. nice info...ala manusia..nmpk ajaib sket suma tertawan..XD jgn naty ada yg guna burung gagak ramal gol bola mcm paul suda...

    ReplyDelete
  2. bismillah...

    kekerapan kebiasaan serta kebetulan dan dari pengalaman orang yang berpengalaman mungkin meng'iya'kan fenomena ini. gagak (makhluk Allah) itu memberitahu kepada yang tahu dengan izin Allah SWT. walaubagaimana pun perbuatan 'meramal' itu antara perbuatan syaitan dan syirik.

    wallahua'alam.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....