»

20 December 2010

MALAYSIA PENUH DENGAN ORANG GILA, MANA NAK LARI??



Menakutkan....tengok fakta itu memang menakutkan....orang sakit mental...orang gila ada di mana-mana, di sekeliling kita!!

Mengikut Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) seperti yang dilaporkan Harian Metro hari ini, terdapat 3 juta pesakit  mental di negara ini. 3 juta...bukan 3,000...bukan 300..3 juta bukan jumlah kecil maa...gawat...10% daripada penduduk Malaysia seramai 30 juta adalah terdiri daripada manusia-manusia gila, sewel, sakit jiwa dan yang sewaktu dengannya. Bermakna jika kita keluar rumah, setiap 10 orang yang ditemui seorang daripadanya adalah merupakan mereka yang seurat dua urat saraf otaknya telah putus, gila!!

3 juta bukanlah jumlah yang sedikit.  Penduduk Perlis pun cuma 300,000 orang lebih, tapi bilangan orang sakit jiwa di Malaysia 10 kali ganda lebih ramai daripada penduduk Perlis. Banyak tuu!!

Patutlah dalam media kita akhir-akhir ini banyak sangat cerita orang tembak sana, tembak sini hanya dengan sebab yang sangat kecil, malah tanpa sebab. Ada pula ibu bunuh anak, anak bunuh ibu dan nenek, suami bunuh isteri, isteri potong anu suami, pelajar bunuh pelajar, guru tendang murid, murid pukul guru dan macam-macam lagi kisah-kisah yang dulu dianggap luar biasa tapi kini sudah jadi biasa.

Mengapa perkara-perkara yang dulu dilihat pelik tapi kini sudah dianggap biasa? Ini kerana ramai sangat orang sakit mental di sekeliling kita - 3 juta - dan justru kita tidak rasa pelik lagi melihat tindak tanduk manusia tiga suku di sekeliling kita. Dengan berpakain tidak senonoh (kadang-kadang nampak apa yang patut disorok dalam kain) mereka bebas bergerak di jalanraya, bawah jejambat, di kedai, bank, supermarket dan di mana-mana saja. Mungkin sebahagiannya tidak bahaya, tapi jika mereka naik minyak tanpa sebab apa nak buat? Perlu ingat, orang sakit mental ini ada "sijil besar" yang membebaskan mereka buat apa saja di bumi ini tanpa kena penjara. Mereka boleh marah orang, pukul orang, malah bunuh orang kerana mereka ada "sijil marah orang", "sijil pukul orang" dan "sijil bunuh orang"!! Jika di bawa ke mahkamah orang-orang ini tak akan dihukum atas alasan mereka tak siuman..

Bila fikirkan 10% daripada rakyat Malaysia sakit jiwa, saya rasa takut dengan keselamatan diri, keluarga dan orang-orang sekeliling saya yang saya sayangi. Apa jadi jika ada orang gila yang datang menghampiri....oh Tuhan.... minta simpang malaikat 44!!

Tapi jika kita di Malaysia ni nak lari daripada orang gila, nak lari ke mana? Nak lari ke mana kerana orang gila ada di mana-mana di sekeliling kita?

~ JR

7 comments:

  1. perggghhh...gila ramai orang gila....

    ReplyDelete
  2. gila ah!! rmi siot org gila. entah2 aku pon gila gak ni.. hahaha

    ReplyDelete
  3. errr aku tergolong ker...
    nauzubillah..arap2 tak..eheheh

    ReplyDelete
  4. eh, bukan suma org malaysia gila ka?

    hahaha....

    ReplyDelete
  5. setuju!! mmg gila! haha nice entry

    ReplyDelete
  6. salam,
    pemakanan yg tak seimbang juga antara faktor yg dapat menyumbang kepada kecelaruan mental. so sama2 kena jaga kesihatan.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....