Saya tak suka menyentuh politik yang memeningkan itu dalam blog ini. Blog ini cuma untuk bersantai dengan isu-isu ringan dalam hidup manusia biasa.
Tapi kerana dalam seminggu ini media dunia heboh dengan cerita Wikileaks, terpaksa jugalah saya sentuh hal-hal politik yang boleh bikin dunia kiamat ni..
Wikileaks dalam seminggu dua ini benar-benar bikin onar kerana agensi yang kononnya "bebas" itu berjaya mencuri rahsia sulit banyak negara dunia. Banyak negara sudah rasa penangan Wikileaks dan rasa malu apabila rahsia mereka didahkan!! Amerika malu, Arab malu, Jepun malu dan tidak terkecuali Malaysia juga malu apabila rahsia pemimpin-pemimpin kita dibogelkan untuk tatapan dunia.

Antara yang didedahkan Wikileaks mengenai Malaysia yang kononnya diperolehi daripada sumber sulit Singapura ialah:
i) Datuk Seri Anwar Ibrahim memang seorang peliwat selepas termasuk perangkap polis.
ii) Pemimpin-pemimpin Malaysia termasuk Datuk Seri Najib lemah dan tak pandai dalam mentadbir negara
iii) Datuk Seri Najib terlibat dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya
Tak faham saya apa niat tersurat Wikileaks mendedahkan maklumat-maklumat sulit negara. Maklumat yang ditelanjangkannya itu sendiri belum tentu betul tidaknya, tapi ramai pemimpin yang sudah melompat apabila kain mereka diselak.
Agensi itu nak lihat dunia semakin bergolakkah, bergaduh sesama negara, bergaduh sesama pemimpin? Patutnya benda sulit di simpan dalam kain, bukan didedahkan untuk tatapan umum. Bila didedahkan...inilah jadinya, semua orang marah!
~ JR Shoppe
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....