»

20 December 2010

WAJAH JELITA DAN KEREPOT ADA KAITAN DENGAN WAKTU TIDUR?




Berapa lama awak tidur malam tadi? Apa...sampai 8 jam? Patutlah muka nampak sembab!!

Tapi berapa masa paling sesuai untuk kita tidur? Mengikut apa yang kita sering diberitahu sebelum ini, kita dianjurkan tidur 8 jam sehari untuk menjamin badan sentiasa sihat. Tapi kekangan waktu dan faktor-faktor dalaman atau luaran sering menghalang kita untuk kita tidur secukupnya. Saya sendiri tidak ingat bila masa terakhir saya tidur selama 8 jam. Kerana seingat saya, saya cuma tidur paling panjang selama 6 jam saja. Jika tidur lebih 6 jam kepala saya akan rasa pusing pagi esoknya kerana seperti kelebihan tidur..

Mengikut British Meical Journal seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, satu penyeledikan telah dibuat baru-baru ini mengenai masa yang paling sesuai diambil untuk tidur. Penyeledikan itu dijalankan oleh Karolinska Institute Stockholm, Sweden.  Penyelidikan  dibuat melibatkan 23 peserta wanita yang usianya relatif masih muda yang diminta tidur mengikut arahan waktu yang ditetapkanUntuk memastikan tidak ada yang tidur kurang atau melebihi masa yang telah ditetapkan, semua eksperimen dilakukan di makmal dibawah pengawasan rapi para penyelidik.




Pada eksperimen hari pertama, para peserta   diminta   tidur   pada jam 11 malam dan memasang penggera untuk bangun pada pukul jam 7 pagi keesokan harinya. Sebaik saja bangun dari tidur selama 8 jam, wajah peserta difoto tanpa make up dan sisiran rambut.


Hari berikutnya jam tidur para peserta dikurangkan kepada jam pula. Kemudian selepas bangun wajah mereka difoto tanpa make-up dan sisiran rambut seperti hari sebelumnya.




Kemudian, foto-foto yang diambil pada eksperimen pertama dan kedua ditunjukkan kepada sekumpulan lelaki yang akan menilai tahap kecantikan para peserta wanita berkenaan. Foto yang paling menarik diberi skor 10 dan yang paling tidak menarik mendapat skor 1. Para lelaki yang menilai tidak diberitahu foto mana yang  tidur selama 8 atau 5 jam.



Hasil ujian itu mendapati, foto-foto yang diambil selepas tidur selama 8 jam cenderung mendapai nilai skor yang lebih tinggi berbanding yang cuma tidur selama 5 jam. 


"Kesan wajah yang nampak letih, tidak bermaya dan tidak sihat akibat kurang  tidur  boleh   muncul    diwajah    dan hal itu akan mengurangkan kecantikan pemiliknya," lapor pada penyelidik dalam kesimpulan mereka.

Penemuan ini menguatkan hasil kajian sebelumnya yang menyimpulkan bahawa kurang tidur boleh mempercepat timbulnya kesan kedutan terutama di wajah dan leher. Maknanya,  kesan kurang tidur sangat mempengaruhi kecantikan wanita dan ia  tidak hanya berlaku dalam masa  jangka panjang, tetapi juga seketika selepas bangun tidur.

JR: Patutlah saya tidak jelita...rupanya saya jarang dapat tidur selama 8 jam....(Eh, ada ke lelaki jelita?)

~ JR

3 comments:

  1. cute sngt ar tulisan, i dh ar rabun huhuhu

    ReplyDelete
  2. Nora,

    Yer latuu..se cute penulisnya kottt (perasan la tuu)

    ReplyDelete
  3. kalau dah tua..kerepot tetap kerepot.!!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....