»

22 December 2010

LELONG..LELONG..LELONG..iPHONE CUMA DIJUAL PADA HARGA RM50!!!


Lelong..lelong..lelong..Henset baru pada harga RM600, kini dijual cuma RM50!!

Lelong...lelong...lelong. sapa nak beli?

Masih adakah henset baru dijual RM50? Henset secondhand memang ada yang dijual RM50...itu pun entah apa jenamanya. Nokia pun ada yang dijual RM50, tapi itu model lama seperti 3310, 3xxx, 3xxx dotdotdot yang masuk ke pasaran Malaysia lebih sedekad lalu.

Tapi yang saya katakan ini ialah henset baru berjenama yang harganya cuma RM50. Berjenama tapi cuma RM50? Memang murah....sungguh murah!!

Di Kuala Terengganu semalam, seperti yang dilaporkan Kosmo hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri membuat serbuan di beberapa lokasi sekitar bandar tersebut dan merampas lebih 600 telefon bimbit berjenama tiruan buatan China, termasuk yang dijual di Karnival Mobile Fair di Dataran Shahbandar.

Mengikut Abd Ghani Harun, Ketua Pengarah Penguatkuasa negeri Kementerian berkenaan telefon bimbit tiruan itu dijual pada harga RM600, sedangkan harga sebenarnya cuma RM50.
Memanglah harga asal telefon bimbit jenama tiruan termasuk Blackberry, iPhone cuma RM50, tapi itu harga pemborong. Bila dijual kepada pengedar harganya dinaikkan dan akhirnya selepas melalui beberapa tangan harganya menjadi RM600.

Rakan saya yang pergi ke Beijing awal tahun ini juga membeli iPhone pada harga cuma RM60....ya, cuma RM60. Tapi lepas 3 bulan iPhone tu terpaksa disimpan dalam laci meja untuk kenang-kenangan...rosak!!

Jadi, lelong...lelong..lelong. Nak Blackberry, iPhone dan pelbagai henset baru pada harga RM50? Saya tak menjualnya, jika ingin memiliki henset tiruan berjenama pergilah ke Beijing atau pesan kepada mereka yang akan pergi ke negeri Cina!! Tapi ingat..tiruan tetap tiruan..jangka hayatnya jangan tanya!!


~ JR

5 comments:

  1. wahahahaha! ingtkan betol la ade nset rm60.. haha. baru bercita2 tinggi nk beli. adeh~ =p

    ReplyDelete
  2. a'ah..sma la..baru jer tfikir nak tukar hp dah td..huahuahua..

    ReplyDelete
  3. Hehe.. Kebiasaan macam ni.. Nak beli Hp sekarang kena hati2.. kalau tidak.. kena tipu habis.. huhu..

    ReplyDelete
  4. Saja bikin tajuk gempaq...hihihi

    ReplyDelete
  5. hehe dlu pernah gk nk bli kat pkns bangi bln 4 hr tu..tp made in china ler XD

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....