Adakah anda jenis lelaki atau pompuan yang suka makan depan komputer, makan sambil melayari internet, main game atau nonton video dalam PC atau laptop? Jika begitu, siap-siaplah mulai sekarang untuk menjadi seperti di bawah ini............:
Saintis dari Universiti Bristol (UB), London, percaya ada hubungan intim antara konsentrasi dan selera makan. Bagi membuktikannya mereka melakukan satu eksperimen... dan akhirnya mendapat jawapan yang agak mengejutkan!! Penyelidikan dilakukan oleh UB dengan membahagikan responden dalam dua kumpulan: kumpulan pertama makan sambil main game di komputer dan kumpulan kedua makan penuh konsentrasi di meja makan.
Dan hasilnya?
"Kesannya sangat mengkagumkan," kata Ketua Penyelidik UB, Dr Jeff Brunstrom, seperti yang tersiar dalam Daily Mail beberapa hari lalu. Ketika makan, kedua-dua kumpulan diberi makanan yang sama - biskuit coklat. Hasilnya, dalam setengah jam, kumpulan yang makan di depan komputer menghabiskan biskut dua kali lebih banyak berbanding kumpulan yang makan tanpa gangguan komputer di meja makan!
Selain dari biskut, penyelidikan ini juga menggunakan sembilan menu berbeza untuk membuktikan bahawa cara makan, dan bukannya menu makanan yang mempengaruhi pola pemakanan seseorang. Diakhir sesi kajian, kumpulan yang makan di depan komputer bukan saja bertambah berat badannya tapi juga mengalami kesulitan mengingati apa yang baru saja mereka makan....alahai, takutnya!!
Brunstrom menyimpulkan bahawa makan sambil melakukan aktiviti lain mendorong seseorang untuk terus mengunyah..mengunyah..mengunyah.. tanpa mengingati berapa kali dia mengunyah dan lepas itu makan lagi beberapa waktu kemudian berulang-ulang. Ini kerana tumpuan berlebihan terhadap komputer di depaan mata menyebabkan mereka tidak mengingati dengan baik tentang makanan yang baru memasuki mulut mereka. "Hasilnya cara makan sedemikian sangat signifikan untuk memperolehi obesiti," katanya.
JR: Eh, eh...sedang buat apa tu sekarang? Jika sedang tengok entry saya ini sambil mengunyah sesuatu, hentikan kunyahan itu segera!! Ingat: jika tak mau gemuk atau jadi pelupa, jangan makan di depan PC atau laptop lagi!!
lohhh cmtu ke?T___T
ReplyDeleteaduuhhhh...takutnya....xyah mkn dh...hehehehe
ReplyDeletemacam tu pun boleh ek
ReplyDeletekalau makan sambil tgk tv boleh tak
aargh!! Aku gemuk semuaya pasal laptop. Aarghhh!!!
ReplyDeletetkut la nak makan dpn laptop lgi,heheee
ReplyDelete