Sepasang hantu itu ada dalam botol ini..Yang mana hantu jantan, yang mana hantu betina, cuba teka?
Semalam..(orang Kedah kata kelmarin).. aku catatkan dalam entry ini tentang henset iPhone yang cuma dijual dengan harga RM50 sahaja. Hari ini ada jualan lagi. Apa yang agaknya nak dijual?
Hari ini aku nak jual HANTU pula!!
Hantu ini daripada New Zealand. Bukan senang nak dapat hantu orang putih tau? Kulitnya putih melepak, hidung terpacak, hilainya membuat bulu roma tegak...hebat!!
Ini bukan cerita lawak atau main-main. Ini benar-benar terjadi yang diambil dari sumber berita Agency...Sepasang hantu (seekor jantan dan seekor lagi betina) yang masing-masing terperangkap di dalam dua botol kecil dilelong secara talian oleh pemiliknya, Avie Woodbury pada harga NZ$2,830 (lebih kurang RM6,500). Hantu itu telah dilelong agak lama, tapi pemiliknya belum mendapat tawaran terbaik. Mungkin orang New Zealand tak percaya hantu?
Woodbury dari Christchurch di selatan New Zealand berkata, seorang pengusir hantu dari sebuah gereja berjaya menangkap dua entiti terbabit di rumahnya dan memasukkan mereka ke dalam botol kaca kecil mengandungi air suci. Hasil penjualan hantu-hantu terbabit akan diserahkan kepada sebuah syarikat jualan bantuan elektronik untuk golongan yang berhenti rokok...Baik juga nawaitu Mat Salih ni..
Hantu itu dikatakan seorang lelaki tua bernama Les Graham yang meninggal dunia di rumahnya pada 1920-an dan seorang budak perempuan yang muncul mengganggu rumah itu selepas satu permainan memuja roh diadakan.Sama ada hantu jantan tu pernah membuat gangguan seksual terhadap hantu betina kecil tu, tak tau ler pula...
Woodbury berkata, hantu-hantu itu menyebabkan dia tidak dapat makan atau tidur selain mengganggu rumahnya dengan memasak air panas (rajin juga hantu tu..tak payah cari pembantu rumah), menyentuh belakang leher (mengurut la tuuu...ringan tulang sungguh), bersuara dari bilik lain (mungkin sedang baca novel cinta) dan menghilangkan barangan sebelum muncul di tempat lain (he..he..saja nak melawak dengan tuannya).
Jadi ada ke sesiapa yang berminat nak beli hantu tu? Di Malaysia ramai peminat hantu, hingga David Teoh selalu dapat untung berjuta-juta dengan filem hantunya dan TV juga penuh dengan cerita hantu tak habis-habis. Dari cuma tengok hantu dalam filem, lebih baik betul-betul bela..hari-hari boleh tengok!!
Tak rugi memiliki hantu tu, tau..Hantu-hantu tu pandai masak air, boleh mengurut dan pandai bercerita dan yang paling best hantu-hantu itu bekerja dengan ikhlas, tak perlu bayar gaji bulanan seperti pembantu rumah lain - jimat belanja!! Harganya pun cukup berbaloi - cuma RM6,500, lebih murah dari harga Kancil secondhand..
Jika ada blogger nak beli hantu-hantu tu jangan hubungi aku, sebab aku sangat-sangat-sangat-sangat tak suka dengan benda-benda tahyul dan khurafat. Siapa nak beli, hubungi sendiri Mr Woodbury di talian...........(nombornya carilah sendiri)
~ JR
hahahha. hantu tu nk bermanja2 dgn tuan baru nye la tu..
ReplyDeleteada pula org jual hantu..hehehe:)
ReplyDeletepelik2..... =.=
ReplyDeletekira kilo xde ke? XD
ReplyDeleteharga boleh kurang tak huhuhu
ReplyDeletehantu tu comel tak? haha..
ReplyDeleteCruzierpen & nora,
ReplyDeleteNampak macam minat sangat nak beli!! Nanti bolehlah suruh antu tu basuh pinggan & mengurut yer?
Aretikz,
Hantu tu memang comel...bila nak masuk meminang?
Diana,
ReplyDeleteHantu otai bukan sebarang otai
hantu otai tapi tak gatai