ini bukan hantu yang aku jumpa...gambar hiasan ajer...
Dunia perfileman Melayu kini heboh dengan kisah filem Ngangkung pecah panggung dan pecah rekod sebagai filem Melayu yang paling laris di dekad ini. Tidak ketinggalan, filem Hantu Mak Limah Balik Rumah yang juga mendapat sambutan hebat. Dan kedua-dua filem yang pecah panggung ini dari genre seram!
Mengapa manusia termasuk manusia Melayu suka tengok cerita hantu? Mungkin salah satu sebabnya ialah ramai manusia tak pernah tengok hantu. Jadi bila ada cerita dalam filem mengenai hantu ramai yang berminat nak tengok apa yang mereka tak pernah tengok. Seperti juga satu masa dulu bila Musium Negara membuat Pameran Hantu ramai orang (kebanyakannya Melayu) berduyun-duyun beratur untuk menyaksikan pameran itu. Tak dapat tengok hantu sebenar, dapat tengok hantu dalam gambar,replika dan bentuk audio-visual lain pun jadilah, kan?
Tapi jika berpeluang melihat hantu dengan mata kepala sendiri, mahukah kita melihatnya? Mahu melihat wajah hodoh penuh misteri itu? Kata seorang kawan bukan semua orang dibuka mata oleh Allah untuk dapat melihat hantu. Justru, sesiapa yang berpeluang melihat hantu adalah orang yang bertuah kerana Allah menganugerahkannya mata yang dapat melihat hantu.
Bertuah? Orang yang dapat melihat hantu orang yang bertuah? Jadi aku salah seorang yang bertuah jugalah kerana sudah banyak kali melihat objek-objek yang aku tidak tahu apa spesisnya, apa bendanya?
Jadi aku bertuahlah kerana pernah melihat perempuan tua dalam rumah ketika semua orang sedang tidur, pernah melihat gumpalan api menghampiriku di pinggir sawah, pernah tidak jumpa jalan untuk balik ke rumah ketika melalui jalan yang aku hari-hari melaluinya, pernah seperti ditampar di luar rumah sekitar jam 3.00 pagi, pernah ketika menaiki kereta melanggar satu objek putih yang tiba-tiba datang menggolek dari arah sawah kira-kira jam 2.00 pagi, pernah dihimpit oleh seorang perempuan bersama anak kecil ketika sedang tidur di sebuah rumah sewa yang lama tidak berpenghuni dan banyak lagi peristiwa yang hingga kini aku tidak tahu jawapan apa sebenarnya yang ku temui itu.
Sehingga kini aku tidak merasakan apa yang pernah ku alami itu sebagai satu tuah. Malah jika diupah untuk menyaksikannya sekali lagi aku tidak akan mahu mengambil risikonya, biar semahal mana upahnya!! Bukan kerana takut dan serammmm... tapi kerana aku tidak mahu buat satu kerja sia-sia ketika banyak lagi kerja yang belum disempurnakan!!
Nota: Jika ada masa aku teringin menceritakan dengan terperinci pengalaman-pengalaman misteri yang ku alami itu dalam blog ini. Tunggu....
~ JR
aku tanak jd org bertuah camtu
ReplyDeletewuaaaa tak sanggup i
hehe bertuah ke dpt tgk? XD
ReplyDeletetapi klu jmpa...dpt pngalamn ler...