Kalau sampai waktuku
Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi
Jika korang peminat puisi, inilah puisi wajib yang korang kena tau. Ia seperti mandi wajib yang semua orang dewasa Islam perlu tau.
Tapi jika korang cuma peminat puisi separuh masak atau tak suka puisi sama sekali, korang tentu tidak perasan puisi ini.
Puisi ini sebenarnya ciptaan Chairil Anwar, penyajak tersohor Indonesia berjodol AKU. Sajak ini dicipta pada tahun 1943 ketika semua kita pasti belum lahir, malah ibu bapa pun belum lahir. Beberapa tahun selepas sajak ini dicipta Chairil meninggal pada usia muda..27 tahun.
Sejak dulu aku suka sajak-sajak Chairil kerana ia sarat dengan tema perjuangan, pemberontakan dan kritikan sosial masyarakat. Aku tidak peduli latar belakang Chairil yang dikatakan seorang anarkis dan anti-sosial kerana sifat-sifat pemberontak dalam dirinya.
Korang tau apa rangkap yang paling aku suka dalam sajak ini? Yang paling aku suka ialah ungkapan, "AKU INI BINATANG JALANG"!. "Aku ini binatang jalang"? Chairil seorang lelaki jalang? Sebenarnya dia cuba menceritakan dia bukan seorang yang baik, sesuatu yang ramai di antara kita cuba menafikan dirinya begitu. Pernah korang dengar ada penjenayah membuat pengakuan dia bukan orang baik, pernah korang dengar tokoh perasuah kata dia sangat jahat, pernah korang dengar orang-orang yang kita kenali sebagai tidak baik menyatakan dia tidak baik? Mungkin ada, tapi sangat jarang. Kita ego dengan diri sendiri dan sangat malu mengaku kelemahan sendiri. Kita tidak jujur dengan diri sendiri, apa lagi dengan orang lain. Sehingga orang gila pun tak mau mengaku dia orang gila!
Dan korang bagaimana? Korang tentu bukan binatang jalang! Aku percaya semua yang membaca blog ini orang baik-baik yang percaya dirinya baik dan mahu orang melihatnya baik....
~ JR
No comments:
Post a Comment
Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....