. L
Satu hari berapa kali anda menciumi pasangan anda? (maksud saya, pasangan yang disahkan oleh undang-undang: suami/istri!) Ini bukan soalan lucah atau lucu, kerana tahukah anda berciuman sangat baik untuk kesihatan? Mengapa berciuman baik untuk kesihatan, mengikut artikel dalam The X File ialah kerana:
1. Berciuman dalam waktu lama sebenarnya dapat membantu sistem pengedaran darah kita. Saat berciuman, jantung berdenyut lebih cepat sehingga kira-kira 110 denyutan pada setiap minit. Ini adalah latihan yang sangat baik untuk sistem kardiovaskular!!
2. Berciuman juga baik untuk jantung kerana ia mencipta aliran adrenalin yang mengepam darah ke seluruh tubuh. Secara langsung ia dapat menstabilkan aktiviti kardiovaskular dan sekali gus dapat menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol.
3. Setiap kali berciuman tubuh anda membakar kalori pada kadar 2-3 kalori setiap minit, selain dari menggandakan tingkat metabolisme. Malah ada pakar kesihatan yang mendakwa bahawa dengan berciuman penuh ghairah tiga kali sehari (minimum 20 saat setiap ciuman) mampu membantu menghilangkan berat badan dalam jangka panjang!! Woww...mudahnya mahu langsing, kan?
4. Saat berciuman, paru-paru bekerja lebih keras untuk menarik nafas sekitar 60 kali seminit, berbanding dengan nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit. Ventilasi semacam ini baik untuk mencegah penyakit paru-paru.
5. Ada kajian yang menunjukkan bahawa ciuman dapat mencegah penyakit di dalam rongga mulut. Ini kerana ketika berciuman air liur akan terangsang keluar yang membersihkan sisa-sisa asid di dalam rongga mulut yang jika dibiarkan boleh merosakkan gigi.
6. Ciuman yang berlangsung lebih dari tiga minit dapat membantu pasangan berkenaan menangani stres. Ini kerana berciuman akan meningkatkan tahap oxytocin iaitu hormon yang menghasilkan rasa ketenangan. Selain itu hormon endorfin yang keluar saat berciuman adalah 200 kali lebih kuat daripada morfin dan dengan itu akan meredakan stres yang dialami.
7. Berciuman dapat membantu pengaliran darah dalam 30 otot pipi dan dengan itu membentuk pipi kelihatan lebih tegang serta halus dan mencegah pipi kendur.
8. Ciuman juga dapat meningkatkan kepercayaan diri. Isteri/suami yang diciumi merasai lebih dihargai dan dengan itu memberi ketenangan diri.
Justru jika jantung dan paru-paru anda sihat, badan langsing, pipi tegang dan hidup tanpa stres, apa hasilnya? Pasti jawabannya: anda dapat hidup lebih sihat dengan usia yang lebih panjang!
Di mana isteri/suami anda sekarang? Jika si-dia sedang berada tidak jauh dari anda, apa tangguh lagi, pergilah dekatinya dan hadiahkan dia sebuah ciuman hangat untuk kesihatan dan usia yang lebih panjang!!
Selamat menciumi pasangan anda dari:
~ JR Shoppe
kena kawin cepat2 bagi sape yg xkawin lagi nih :D
ReplyDeletebro..letak chat box...
ReplyDeletehe3, btol tu, kna kawin cpt2 nie. Nk cium awek berdosa...
ReplyDeleteAamer & Budak Botak dah kawen ke? Klau dh kawen saya mau bagi tips mcm mana mau dpt banyak anak...hihihi(saya punya 1/2 dozen anak)
ReplyDelete